STEM IOT - ENGINEERING.COM  

Tarikh

14 Mei 2024 - 16 Mei 2024

Masa

2.30 pm –3.30pm

3.00 pm –4.00pm

3.00 pm –4.00pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

9 Orang

 Tujuan

 Membina dan mengajar kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran hidup, kebijaksanaan, kepintaran, kesabaran, rasa ingin tahu.Melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang teknologi masa hadapan 

 Aktiviti

 -  Bermainan permainan interaktif iaitu STEM GAMES melalui laman web https://www.engineering.com/viewAll?category=stem-games&page=home

 GAMBAR DISINI

 

ASAS ICT – PENDAFTARAN DARJAH SATU VIA LAMAN WEB KPM

Tarikh

17 Mei 2024

Masa

10.00 am –11.00 am

11.00 am –12.00 pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

2 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan seiring dengan permintaan pengunjung yang memerlukan bimbingan daripada petugas untuk mengisi borang dan untuk membuka laman web tersebut. Sistem KPM ini memerlukan peserta untuk mengelog masuk. Oleh itu, peserta telah dibimbing oleh petugas dan diajar cara bagaimana untuk mengisi borang secara atas talian.

Aktiviti

- Penjaga mendaftar anak jagaan mereka di laman web  https://idme.moe.gov.my

- Butir peribadi diisi di dalam laman web iaitu butir peribadi anak jagaan dan juga penjaga. Maklumat kesihatan juga diperlukan semasa mengisi borang di dalam laman web tersebut.

- Penjaga melengkapkan borang sehingga dicetak keluar 

 GAMBAR DISINI

 

ASAS ICT – MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh

19 Mei 2024

Masa

10.00 am –11.00 am

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

3 Orang

Tujuan

Microsoft Office biasa digunakan untuk pelbagai kegunaan surat menyurat dan tugasan pejabat. Oleh itu, Microsoft Word diajar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta cara-cara menggunakan Microsoft Word terutama bagi pelajar sekolah.

Aktiviti

- Pengenalan kepada Microsoft Word

- Mengenalpasti features yang terdapat di Microsoft Word dan pengajaran kaedah penggunaan yang betul bersesuaian dengan peringkat umur peserta.

- Meninjau kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word.

GAMBAR DISINI

 

STEM IOT – KUIZ STEM IOT

Tarikh

19 Mei 2024

Masa

3.00 pm –4.00 pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

4 Orang

Tujuan

STEM IOT merupakan salah satu cabang pembelajaran yang penting untuk negara bagi menghasilkan modal insan yang berguna kepada negara. Oleh itu, kelas kuiz STEM diadakan untuk menguji kefahaman peserta terhadap STEM.

Aktiviti

- Peserta menjawab kuiz STEM di laman web https://wordwall.net/ms-my/community/stem-quiz dan perbincangan jawapan dilakukan selepas menjawab soalan

 GAMBAR DISINI

 

ASAS ICT – MICROSOFT POWERPOINT

Tarikh

24 Mei 2024

Masa

3.00 pm –4.00 pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

2 Orang

Tujuan

Microsoft Powerpoint merupakan salah satu produk Microsoft yang cukup terkenal dengan kegunaannya sebagai medium pembentangan. Oleh yang demikian, penggunaan Microsoft Powerpoint digunakan cukup meluas dalam kegunaan pejabat dan juga di sekolah.

Aktiviti

- Peserta didedahkan dan diajar cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dan penggunaan features yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint.

GAMBAR DISINI