pd1 pd2

Perpustakaan Desa merupakan pusat bacaan dan pinjaman buku. Pelbagai jenis buku terdapat disini daripada peringkat anak-anak kecil sehingga buku masakan untuk para ibu.

Waktu Operasi

9.00 pagi hingga 6.00 petang

Selasa hingga Sabtu

(Cuti Ahad & Isnin)

lamanharmoni

Laman Harmoni merupakan kawasan riadah untuk komuniti Felda Tersang 1. Di sini terdapat taman permainan kanak-kanak seperti gelongsor dan buaian. Bagi remaja dan dewasa terdapat juga kemudahan untuk bersenam. Sesuai untuk riadah seisi keluarga.

 

 

masjidalhidayah

Masjid Al-hidayah merupakan tempat beribadat bagi penduduk Felda Tersang 1. Kuliah agama turut diadakan setiap Hari Rabu bermula jam 3.00 petang. Ceramah agama juga turut diadakan pada masa-masa tertentu. Ia telah diubahsuai menjadi lebih besar kerana menampung bilangan jemaah yang semakin ramai khususnya semasa Solat Hari Raya.

 

gelanggangfutsal

Menjadi tempat untuk remaja melakukan riadah dan bersukan pada setiap petang. Riadah dapat menyihatkan tubuh badan dan terhindar daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah.

 

posmini

Pejabat Pos Mini Felda Tersang 1 memberi kemudahan kepada komuniti untuk membuat perkhidmatan pembayaran bil-bil setempat, kiriman wang, bungkusan,surat berdaftar dan sebagainya. Dibuka jam 8.00 pagi sehingga jam 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)