TANAH AINA FAHAD

Tanah Aina Fahad, resort 8-hektar yang terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar. Hanya 2.5 jam jauhnya dari Kuala Lumpur, para tetamu akan mendapat pengalaman pemanduan yang indah melalui kampung Melayu untuk sampai ke resort. Ia mudah diakses dengan kereta, tempat letak kereta yang luas disediakan untuk para tetamu. Apabila tiba Tanah Aina Fahad, tetamu disambut dengan bunyi sungai yang mengalir dan pemandangan indah Sungai Dong.

Alamat

Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang

Aktiviti

Jungle trekking, Outdoor games, Giant board games, Jungle paint ball, Kitchen master, Team building

No. Tel

016-6090493 / 016-2159252

Alamat Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  TANAH AINA 1  TANAH AINA 2 TANAH AINA 3

                TANAH AINA 4  TANAH AINA 5

 

HOMESTAY HARMONI

Homestay Harmoni merupakan salah satu homestay yang terdapat di kawasan Felda Tersang 1, Ia dibawah kelolaan Koperasi Felda Tersang 1. Kira-kira 45 km dari Bandar Raub dan terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Tersang 1. Ruang homestay yang disediakan amat luas sehingga boleh menempatkan sehingga 20 orang pada satu masa. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang terdapat di sekitar kawasan homestay termasuklah kedai makan, masjid, dan kedai serbaneka.

Alamat

Dataran Satu Koperasi Felda Tersang 1

No. Tel

09-340 3059 / 019-911 4972 (Haji Ahmad)

Kemudahan

- 2 bilik tidur (4 katil), 2 kamar mandi, televisyen, peti sejuk, dapur, meja makan

 

P70310-102944-tile P70310-102246-tile P70310-102234-tile 

P70310-102046-tile P70310-101906-tile P70310-101933-tile

 

 

LAMAN PESONA RESORT & SPA 

Laman Pesona Resort & Spa terletak di dalam sebuah ladang hijau yang subur yang luas di lereng bukit. Ia menawarkan suasana yang lega dan mendamaikan untuk semua pengunjung. Kira-kira 100 km dari Kuala Lumpur dan 25 km dari Bandar Raub. Menjadi pusat eco-pelancongan rekreasi yang sesuia untuk mereka yang mencari kedamaian dan lari dari kesibukan kota. Ia juga berfungsi sebagai destinasi ideal untuk percutian keluarga atau destinasi berbulan madu. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, mini zoo, taman permainan kanak-kanak, pusat rawatan spa dan pelbagai lagi.

Laman Pesona Resort & Spa

No. Tel

012-3760790

Laman Web

www.lamanpesona.com.my

 

 

            

              STANDARD CHALET                                       DELUXE CHALET

            

           EXECUTIVE CHALET                                        PRIMIERE CHALET

 

 

HOMESTAY KAMPUNG PERUAS

Kampung Peruas terletak di Kawasan Pusat Rekreasi Pulau Chekas dan Air Terjun Lata Jarum di Dong, Raub. Terletak kira-kira 30 km dari Bandar Raub. Melihat keindahan kawasan yang dipenuhi flora yang menghijau pasti membuat anda berasa nyaman. Pelbagai aktiviti yang menarik dan makanan tradisional Pahang akan disajikan kepada pengunjung yang menginap di Homestay Kampung Peruas ini.

Alamat

Lot 909, Pulau Chekas, Kampung Peruas, Raub

Aktiviti

Menaiki Joy Barrel Train mengelilingi kampong, Bermain permainan tradisional,Tarian tradisional, Melawat Pusat Rekreasi Lata Jarum, melihat bunga rafflesia

No. Tel

09-368 7907 / 019-944 2660

Alamat Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  kgperuas1-tile peruas2-tile peruas3-tile

 

 

LEMBAH TEMIR RESORT

Resort dalam dusun, itulah keunikan Lembah Temir Resort. Datang dan tinggal di sini serta menikmati sendiri suasana dusun, air terjun dan sungai bersama keluarga dan rakan-rakan. Pengambilan minuman beralkohol dan makanan yang tidak halal tidak dibenarkan di resort. Anda hendaklah membuat temujanji sahaja untuk menginap di sini. Tiada walk-in. Bandar yang terdekat iaitu Bandar Raub kira-kira10 kilometer.

Harga

Rm250/pax dewasa  

Rm125/pax kanak-kanak

Alamat

C149, 27630 Sungai Ruan, Pahang

Alamat Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

temir1-tile temir2-tile temir3-tile temir4-tile

                                           Bilik penginapan yang disediakan

temir5-tile temir6-tile temir7-tile

temir8-tile temir9-tile temir10-tile

                                                Aktiviti dan kemudahan yang disediakan

 

 

LATA LEMBIK RECREATION PARK

Pusat Rekriasi Lata Lembik Batu Talam, Raub, terletak kira-kira 45km dari bandar Raub. Mempunyai daya tarikan tersendiri di kaki Banjaran Titiwangsa sempadan Pahang-Perak. Perjalanan akan melalui kampung tradisional dan perkampungan orang Asli Pos Buntu. Kawasan ini juga dipenuhi oleh batu-batan dan airnya jernih serta sejuk Pelbagai aktiviti riadah yang boleh anda rasai keseronokannya jka berkunjung ke sini.

Bayaran Masuk

RM 2.00 seorang

Aktiviti

Jungle Trekking, Tree Climbing, Abseiling, Water rafting, Sky Walk, Flying Fox, Rock Climbing, Tunneling, Archery, Blow Pipe, Campsite, Bird Viewing,Picnic

Kemudahan

Tandas L & P, Surau, Dewan serbaguna, Lot parking, Pondok rehat, Kawasan perkhemahan, Chalet penginapan

No. Tel

09-369 7892 / 012-312 2920

Alamat Emel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

lata1-tile lata2-tile lata3-tile

                                       Antara aktiviti ekstrem yang terdapat disini

Lata4-tile lata6-tile

 

 

RUMAH INAP WAWA

Nama

Encik Manaf

Kampung Melayu Sempalit Raub

No. Tel

013-2056725

Laman Web

http://www.facebook.coom/RumahInapWAWA

 

Jom singgah Homestay/rumah inap wawa :

  • Parking luas
  • Boleh sumbat 10-15 orang dalam 1 chalet dengan harga serendah RM60
  • Boleh BBQ dan steamboat
  • Boleh mencuba masakan asam tempoyak ikan patin
  • Boleh melakukan aktiviti di kawasan lapang
  • Boleh memetik buah buahan (ketika musim buah)
  • Boleh berkhemah jika mahu
  • 5 minit ke bandar Raub

HOMESTAY1hamestay2 hamestay3