SEJARAH RAUB

Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

Latar Belakang Raub

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.

 

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".

Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".

Sejarah Nama Jalan-Jalan Di Bandar Raub  

Jalan Datuk Abdullah, Bandar Raub

Nama penuh beliau ialah Abdullah b. Ibrahim. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah Raub pada bulan September 1950 hingga April 1953.

Jalan Dato' Setia Lela, Kawasan Bukit Koman, Raub

Nama penuh beliau ialah Tengku Haji Abdul Samad b. Tengku Muda. Dilahirkan pada tahun 1840 dan mangkat tahun 1916. Beliau pernah menjadi 'Pawang' semasa hayatnya. Dilantik menjadi Penghulu Mukim Gali pertama dari tahun 1900 hingga 1906.

Jalan Dato' Setia Lela, Bandar Raub

Mengambil sempena satu gelaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Jalan Husein, Bandar Raub

Nama penuh beliau ialah Hussien b.Tok Muda Hassan. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1916 di Kampung Dong, Raub. Mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Jalan Tan Tiong, Bandar Raub

Beliau dilahirkan di Negeri China dalam tahun 1880. Berpindah ke Raub pada tahun 1886. Meninggal dunia pada 8 Mac 1948. Semasa hayatnya beliau pernah menjadi 'Sanitary Board Raub' pada tahun 1900 dan meletakkan jawatan pada 19 Januari 1937. Beliau adalah Kapten Cina yang mula-mula dikurniakan Pingat Jasa Pendamai (JP) di Raub.

Jalan Tengku Kudin, Bandar Raub

Beliau telah dilahirkan di Kg. Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub dalam tahun 1871 dan mangkat dalam tahun 1943. Nama penuh beliau ialah Tengku Kudin b. Tengku Haji Samad. Beliau adalah Penghulu Mukim Gali kedua dalam tahun 1906. Beliau bersara dari jawatannya dalam tahun 1928. Pada tahun 1929 beliau telah dikurniakan gelaran Dato' Setia Lela Pahang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

 

Pengangkutan awam yang terdapat di Daerah Raub seperti bas dan teksi disediakan untuk kemudahan penduduk-penduduk sekitarnya.

Perhentian Teksi

teksi lama 1 teksi lama 2  

Perhentian Bas

Perkhidmatan Bas di Daerah Raub

  • Pergi/balik ke Bentong: Central Pahang Omnibus (warna bas)
  • Pergi/balik ke Jerantut: Pahang Lin Siong (antara Raub dan Benta). Kemudian daripada Benta, naik bas lain ke Jerantut
  • Pergi/ balik ke Kuala Lipis: Pahang Lin Siong atau daripada Benta menaiki bas ke Kuala Lipis
  • Pergi/balik ke Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur:
  • Union Express
  • Transnasional
  • Mara Liner

 

hentian bas lama 1 hentian bas lama 2
 
 

Rujukan daripada Portal Majlis Daerah Raub


 

SEJARAH FELDA TERSANG 

 

Raub adalah daerah kepada Rancangan Felda Tersang dimana berada didalam kawasan mukim Batu Talam. Pertanian dan hasil pendapatan yang dijalankan oleh penduduk Felda Tersang adalah sumber daripada ladang kelapa sawit yang ditubuhkan sekitar tahun 60'an di bawah skim dipanggil FELDA untuk membangunkan kawasan luar bandar. Nama Tersang diambil sempena nama sungai Tersang yang mengalir didalam kawasan Felda Tersang. Hari ini, populasi penduduk semakin berkembang melebihi 3000 orang penduduk. Felda Tersang dibahagi kepada Felda Tersang 1, Felda Tersang 2, dan Felda Tersang 3. Kaum melayu memonopoli kawasan Rancangan Felda Tersang diikuti segelintir kaum india. 

Pada awal pembukaan Felda Tersang, anak-anak peneroka terpaksa belajar di Sg. Koyan kerana tidak dibangunkan lagi Sekolah di Felda Tersang. Namun beberapa tahun kemudian sekolah mula giat dibangunkan dan pelajar dapat belajar dengan lebih selesa. Antara sekolah yang terdapat di kawasan Felda Tersang adalah Tabika Kemas, Sekolah Kebangsaan Felda Tersang, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah LKTP Tersang.

Selain itu, banyak kemudahan yang telah disediakan kepada penduduk Felda Tersang seperti Mini Pos, Kedai D'mart, Masjid dan pelbagai lagi yang memudahkan urusan penduduk dan tidak perlu ke Bandar Raub yang agak jauh.