Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata.

Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.

Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir. Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.

Peningkatan kes COVID-19 dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam. 
 
⚠️Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) merujuk kepada keadaan apabila asid perut mengalir ke esofagus yang merupakan saluran yang menghubungkan mulut dan perut.
💥Antara gejala GERD termasuklah pedih ulu hati, sakit dada, perut kembung, sukar menelan dan sebagainya. GERD yang tidak terkawal boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian.
📌Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menitikberatkan pemakanan sihat bagi mencegah GERD.
 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru supaya perokok sedia ada menanamkan azam untuk berhenti merokok dan mendapatkan bantuan daripada fasiliti kesihatan terdekat.

Bagi mereka yang tidak merokok, kekalkan amalan tersebut untuk mencapai sasaran generasi bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok.

#GEG
#SayaSokongGenerasiPenamatRokok

Nyamuk Aedes merupakan pembawa virus denggi yang menyebabkan demam denggi.