Selamat datang ke Portal NADI FELDA Tersang 1 dan terima kasih kepada semua yang sudi melawat laman portal komuniti kami. 

 

PENGENALAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Tersang 1 telah beroperasi selama lebih 13 tahun iaitu bermula pada Mac 2010. Dahulunya ianya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti dan juga sebelumnya dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi). NADI Felda Tersang 1 dikendalikan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus (Mohd Nizam bin Othman) dan Penolong Pengurus (Norshahidah binti Muhamad Zulkafli).

Di sini kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk komuniti setempat seperti penggunaan internet dengan harga yang berpatutan, wireless secara PERCUMA (untuk Ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)), cetakan hitam dan warna, fotostat, laminating, binding, scanning dan lain-lain. Dengan hanya mendaftar keahlian RM5 seumur hidup, kami memberikan kelas dan latihan secara percuma untuk komuniti setempat. Antara kelas dan latihan yang kami jalankan adalah pengenalan kepada asas komputer bagi mereka yang ingin mengenali komputer dan internet, pengenalan kepada laman-laman web yang boleh dilayari, pengenalan kepada asas keusahawanan, asas grafik dan video dan lain-lain.

Kami juga amat menggalakkan program bersama-sama dengan badan-badan komuniti yang lain seperti Perpustakaan Desa, Tabika, Persatuan Belia dan lain-lain. Diharapkan agar kerjasama ini kami dapat memberi pendedahan kepada semua mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini dan perhubungan baik sentiasa wujud antara NADI dan komuniti. 

Sejajar dengan penubuhan NADI sebagai pusat merapatkan jurang digital, NADI juga memberikan latihan ICT kepada komuniti yang telah menjadi ahli secara percuma seperti:

v  Pengenalan Asas Komputer

v  Asas Internet

v  Klik Dengan Bijak

v  Kelas Asas Keusahawanan

v  Pendaftaran Perniagaan (ROB) @ SSM Ezbiz

v  Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan @ SSM Ezbiz

v  Kelas Asas Shopee

v  Intel Learn Easy Step (ILES)

v  Aplikasi  Elektronik

v  E-Kerajaan

v  E-Pembelajaran

v  E-Dagang

v  Desktop publishing seperti Microsoft Office

v  Microsoft Office Word

v  Microsoft Office Excel

v  Microsoft Office Powerpoint

KENALI PETUGAS