STEM IOT - KUIZ ASAS STEM IOT 

Tarikh

03 Ogos 2024

Masa

10.00 am –11.00am

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

2 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai STEM iaitu terdiri daripada komponen Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan. STEM dan IOT merupakan komponen yang penting bagi kemajuan negara. Oleh itu, penting bagi negara menekankan komponen ini dalam pelbagai usaha untuk menarik minat para pelajar yang bakal menjadi modal insan pada masa akan datang. Pendedahan adalah penting bagi menarik minat para peserta terlebih dahulu sebelum meneroka dan mendalami ilmu STEM. 

Aktiviti

- Pengenalan kepada STEM

- Menjawab kuiz daripada laman web Wordwall iaitu soalan berkaitan dengan STEM 

- Soal dan jawab antara peserta dan petugas mengenai STEM

GAMBAR DISINI

 

ASAS KEUSAHAWANAN - FILLING PERNIAGAAN

Tarikh

05 Ogos 2024

Masa

10.00 am –12.00 pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

1 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk mendidik usahawan untuk mengisi borang-borang yang berkaitan dengan perniagaan. Bimbingan ini dilakukan agar usahawan dapat mengisi butiran perniagaan dengan betul dan teratur mengikut dokumen yang diperlukan. Oleh itu, pada masa akan datang, usahawan dapat mengisi sendiri butiran yang diperlukan untuk perniagaan mereka.

Aktiviti

- Peserta menunjukkan dokumen dan borang yang diperlukan untuk diisi dan dilengkapkan.

- Petugas memberi tunjuk ajar untuk mengisi borang dan butiran perniagaan di dalam borang yang berkenaan.

GAMBAR DISINI

 

ASAS ICT - MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh

10 Ogos 2024

Masa

09.30 am –10.30 am

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

2 Orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendidik peserta menggunakan Microsoft Office Word dengan betul dan menggunakan features yang terdapat pada Microsoft Word dengan betul. Kelas ini juga mendidik peserta untuk membuat surat rasmi mengikut format yang betul dan terkini. Oleh itu, pada masa akan datang, peserta yang terlibat pandai menggunakan Microsoft Office Word dan juga pandai menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Office.  

Aktiviti

- Pengenalan dan arahan kepada peserta. 

- Peserta menaip dan menggunakan features yang terdapat pada Microsoft Office Word untuk menaip surat

- Soal dan jawab antara petugas dan peserta. 

GAMBAR DISINI

STEM IOT - ENGINEERING.COM 

Tarikh

11 Ogos 2024

Masa

2.30 pm –3.30 pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

3 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk menguji minda para peserta menerusi permainan di Engineering.com. Terdapat pelbagai permaina yang menggunakan daya fikir untuk penyelesaian masalah yang memerlukan peserta mengerah idea untuk menjadi lebih kreatif dan berjiwa STEM. Permainan ini membantu peserta memahami masalah dan menyelesaikan masalah. 

Aktiviti

- Membuka laman web Engineering.com 

- Peserta memilih permainan dan menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam permainan tersebut. 

GAMBAR DISINI

 

E-LEARNING - PEMBELAJARAN INTERAKTIF MEMBACA

Tarikh

12 Ogos 2024

Masa

3.00 pm –4.00pm

Lokasi

NADI Felda Tersang 1

Peserta

2 Orang

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta belajar secara interaktif iaitu dengan menggunakan tab. Oleh itu, bahan bacaan diakses daripada Internet dan juga latihan juga diakses daripada Internet. Oleh itu, kelas ini dapat diikuti oleh peserta dengan baik kerana kaedah pembelajaran yang lebih menarik dan kreatif. 

Aktiviti

- Kelas daripada petugas

- Peserta menjawab soalan dan membaca daripada Internet menggunakan tab dan membaca pelbagai bahan bacaan. 

GAMBAR DISINI