E-LEARNING - KUIZ KEMERDEKAAN
Tarikh |
01 September 2024 |
Masa |
10.00 am –11.00am |
Lokasi |
NADI Felda Tersang 1 |
Peserta |
5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemerdekaan bersempena dengan bulan kemerdekaan. Kuiz yang disediakan adalah berdasarkan fakta mengenai negara dan kemerdekaan di negara kita. Kuiz ini memupuk sifat cinta akan negara dan menambah pengetahuan sedia ada kepada para peserta. Sejarah tentang kemerdekaan negara juga menjadi tema dalam kuiz yang dipilih.
Aktiviti
- Menjawab kuiz daripada lama web Wordwall bertemakan kemerdekaan dan sejarah kemerdekaan.
- Soal dan jawab antara peserta dan petugas mengenai STEM
SOFT SKILL - PUBLIC SPEAKING FOR STUDENTS
Tarikh |
02 September 2024 |
Masa |
2.30 pm –3.30 pm |
Lokasi |
NADI Felda Tersang 1 |
Peserta |
5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kemahiran peserta untuk bercakap di hadapan dengan bantuan teks daripada petugas. Peserta diberikan panduan dan kaedah yang betul untuk bercakap di hadapan dengan berbahasa Inggeris. Peserta diberi peluang untuk bercakap di hadapan seorang demi seorang dan menampilkan diri untuk berbahasa Inggeris.
Aktiviti
- Peserta diberikan teks dan panduan dengan bimbingan petugas
- Peserta membentang dan menampilkan diri bertutur dalam bahasa Inggeris.
STEM IOT - EKSPERIMEN OOBLECK
Tarikh |
03 September 2024 |
Masa |
02.30 pm –3.30 pm |
Lokasi |
NADI Felda Tersang 1 |
Peserta |
5 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mendidik peserta melalui eksperimen yang dijalankan. Eksperimen yang dipilih ialah Eksperimen Oobleck atau Teori Oobleck yang dijalankan untuk mengenalpasti bahan tersebut mengeras atau cair biarpun ditambah air. Eksperimen ini membuka mata dan menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sains dan fenomena yang berlaku. Eksperimen ini juga menarik minat peserta untuk meminati bidang STEM.
Aktiviti
- Pengenalan dan arahan kepada peserta.
- Peserta ditunjukkan dengan hasil eksperimen yang dilakukan oleh petugas.
- Peserta menjalankan sendiri eksperimen itu dengan bimbingan petugas.
STEM IOT - EKSPERIMEN GUNUNG BERAPI
Tarikh |
04 September 2024 |
Masa |
2.30 pm –3.30 pm |
Lokasi |
NADI Felda Tersang 1 |
Peserta |
5 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk menunjukkan tindak balas asid dan bes yang menghasilkan tindak balas seperti gunung berapi. Eksperimen ini dijalankan kerana ia menarik minat dan mewujudkan persoalan di dalam minda para peserta. Eksperimen ini juga mewujudkan keterujuaan dalam kalangan peserta dan seterusnya menarik minat mereka terhadap STEM.
Aktiviti
- Penerangan daripada petugas mengenai eksperimen dan dapatan akhir eksperimen.
- Petugas melakukan eksperimen terlebih dahulu dan seterusnya diikuti oleh peserta
- Huraian daripada fenomena yang berlaku
ASAS KEUSAHAWANAN - PERMOHONAN SEJATI MADANI
Tarikh |
23 September 2024 24 September 2024 |
Masa |
11.00 am – 12.00pm |
Lokasi |
NADI Felda Tersang 1 |
Peserta |
2 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pesertamembuat kertas kerja dan memohon sejati madani iaitu sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan untuk diberikan kepada sesebuah komunti. Sejati Madani merupakan sebuah usaha yang sangat baik membantu para komuniti terutama daripada luar bandar membangunkan perniaagaan untuk dimajukan
Aktiviti
- Pendaftaran untuk mendapatkan username untuk log masuk ke dalam laman web Sejati Madani
- Bantuan untuk menyiapkan kertas kerja