Aktiviti

Ms Word (Membuat Kad Ucapan Sempena Hari Guru)

Tarikh

09 Mei 2018

Masa

  07.30 pg – 02.00 ptg

Lokasi

Pusat Internet Felda Tersang 3

Peserta

10 Orang

 

Tujuan

  • Membuat kad ucapan sempena Hari Guru mengikut kreativiti masing-masing
  • Membuat kad ucapan dengan menggunakan kaedah mudah iaitu menggunakan Ms Word dimana memudahkan pelajar sekolah rendah / pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer

Aktiviti

  • Mencari maklumat yang diperlukan seperti gambar dan contoh ucapan Hari Guru di internet
  • Memasukkan maklumat yang telah dicari di Ms Word
  • Edit menggunakan kreativiti masing-masing

 

     0905181-tile  0905182-tile  0905183-tile

Lagi gambar di sini

 

Aktiviti

Hari Terbuka Pusat Internet Dun Batu Talam

Tarikh

14 April 2018

Masa

  07.30 pg – 02.00 ptg

Lokasi

Perkarangan Pusat Internet Felda Tersang 3

Peserta

360 Orang

 

Tujuan

  • Program hari Terbuka Bersama Komuniti ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat terutama kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia serta Telekom Malaysia menerusi MSD Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet jalur lebar yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kluster Raub.
  • Memperkenalkan aplikasi dashboard komuniti kepada komuniti DUN Batu Talam dan memperkenalkan pertandingan dashboard komuniti yang sedang dijalankan kepada komuniti DUN Batu Talam.

Aktiviti

 

  • Aktiviti pagi dimulakan dengan aktiviti zumba, kemudian diteruskan dengan latihan keusahawanan dimana seorang usahawan berjaya berkongsi rahsia kejayaan beliau. Demo masakan juga turut diadakan oleh seorang chef setempat. Terdapat juga pameran daripada agensi yang terlibat seperti Bomba & Penyelamat, Klinik Pergigian (pemeriksaan gigi percuma), Klinik Kesihatan (pemeriksaan kesihatan), Tekun, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PDRM & Perpustakaan Desa.
  • Pertandingan mewarna diadakan kepada kanak-kanak Tabika. Keahlian percuma ditawarkan kepada pengunjung dan pendownload aplikasi Dashboard juga diadakan.
  • Tidak dilupakan cabutan nombor bertuah dan teka berat buah tembikai.  

Gambar Disini

 

Aktiviti

  E-Learning English Central

Tarikh

02 & 06 Februari 2018

Masa

  10.00 pg – 12.00 tgh

Lokasi

Pusat Internet Felda Tersang 1

Peserta

10 Orang

 

Tujuan

  • Melatih pelajar berkomunikasi dan menjawab saolan-soalan dalam Bahasa Inggeris dengan menonton, dan belajar melalui video-video menarik.

 

Aktiviti

  • Sesi penerangan belajar menggunakan  laman web English Central
  • Menonton Video
  • Menulis perkataan di ruang kosong
  • Menyebut semula ayat dan  menjawab soalan-soalan.

 

Aktiviti

  Advokasi Mobile E-waste & Check Your Label 

Tarikh

07 Februari 2018

Masa

  03.00 ptg - 5.30 ptg

Lokasi

Pusat Internet Felda Tersang 1

Peserta

8 Orang

 

Tujuan

  • Memberi Maklumat kepada pelajar berkaitan Mobile E-Waste dan Check Your Label dan mengajak pengguna membuang handphone rosak ke dalam kotak e-waste di PI1M.

Aktiviti

  • Menonton video dan taklimat Mobile E-Waste dan Check Your Label.
  • Layari ecomm.sirim.my untuk check Your Label dengan memasukkan nombor IMEI telefon
  • Menjawab soalan kuiz Kahoot Mobile e-waste & Check Your Label.

 

Aktiviti

  Advokasi Klik Dengan Bijak & English Games

Tarikh

11 Februari 2018

Masa

  10.00 pg - 01.00 tgh

Lokasi

Pusat Internet Felda Tersang 1

Peserta

9 Orang

 

Tujuan

  • Meningkatkan kefahaman Bahasa Inggeris dengan bermain sambil belajar.dan mendedahkan pelajar kepada penyebaran maklumat benar dan berhati-hati semasa melayari media sosial.

Aktiviti

  • Pelajar berkumpul di bilik latihan.
  • Pelajar membuka aplikasi permainan English Games, Penerangan, sesi soal jawab & kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak.

  

Lagi gambar klik di sini

Aktiviti

 Karnival Jelajah Sebenarnya.My Daerah Raub

Tarikh

03 Mac 2018

Masa

  07.30 pg – 01.00 tgh & 

Lokasi

Dewan Terbuka Batu Talam & Dewan SMA Al-Falah Batu Talam

Peserta

1200 Orang

 

Tujuan

  • Karnival Jelajah Sebenarnya.my Daerah Raub, yang diajurkan oleh MCMC telah diadakan dengan jayanya bagi memperkenalkan sebenarnya.my, Tidak Pasti Jangan Kongsi. Melalui Bicara perdana pada malan hari dengan tajuk ‘Berita palsu Musuh Negara’ mengajak pendengar agar berhati-hati apabila menerima dan ingin menyebarkan sesuatu berita yang diterima.

Aktiviti

  • Aktiviti telah bermula seawal pagi dengan acara senamrobik dan Zumba
  • Pertandingan Futsal, pertandingan Membina Lego oleh kanak-kanak Tabika Kemas dan Taklimat Klik Dengan Bijak, sebenarnya.my, taklimat Keselamtan Internet bersama pelajar dan belia.
  • Pameran dari agensi seperti MCMC, Bomba,  AADK, Bank, juga turut ada.
  • Pada malam pula, Bicara Perdana bertajuk ‘Berita Palsu Musuh Negara’ telah dimeriahkan oleh PU Lokman, Ustaz Harryaanto Rizal dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Karnival juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah barangan elektrik dan basikal kepada pengunjung yang hadir.

Gambar Disini

 

Aktiviti

  Kursus Asas Microsoft Office & Internet

Tarikh

03 - 07 Januari 2018

Masa

 10.00 pg - 12.00 tgh

Lokasi

Pusat Internet Felda Tersang 1

Peserta

1 Orang


Tujuan

  • Menggunakan Ms Office seperti Word, Excel, Publisher dan Power Point dalam urusan seharian dan melayari internet untuk mencari maklumat
  • Mencipta akaun emel dan mengisi borang online
  • Latihan Keusahawanan menggunakan teknologi, komputer & internet 

Aktiviti

  • Penerangan menu-menu di Ms Office
  • Membuat latihan dengan menaip, membuat resume, mencipta flyer perniagaan, jadual kewangan, carta, dan slide powerpoint. 
  • Belajar save dokumen mencetak serta mencipta akaun emel, mencari maklumat, membaca paper online, mengisi borang online.

 

Aktiviti

  Penggambaran Video Menarik Di Raub

Tarikh

11 Januari 2018

Masa

  10.00 pg - 5.0 ptg

Lokasi

Restoran Moh Makan Raub

Peserta

8 Orang

 

Tujuan

  • Menghasilkan Video Menarik Di Raub bagi Facebook Pages Menarik Di Raub iaitu dengan memperkenalkan Kedai Moh Makan di Raub disamping dapat mengeratkan silaturrahim dan menjalin kerjasama antara PI1M dan usahawan Kedai Moh Makan.

Aktiviti

  • Mencari maklumat
  • Sesi penggambaran video (temubual pengusaha dan pelanggan) serta mempelajari software sambil mengedit video.

 

Aktiviti

  Belajar Menaip di Typing Master

Tarikh

26 Januari 2018

Masa

  03.00 ptg - 5.30 ptg

Lokasi

Pusat Internet Felda Tersang 1

Peserta

5 Orang

 

Tujuan

  • Melatih pelajar menaip dengan betul

Aktiviti

  • Pengenalan dan penerangan  belajar menaip di Typing Master dan latihan menaip

 

  

Lagi gambar di sini