Peningkatan kes COVID-19 dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam.