Anda berumur 15 tahun ke atas?
Ingin menyumbang idea kepada negara?
Mari bersama-sama sertai pertandingan mencipta logo dan tagline sempena Kempen Kesedaran COVID-19.
Logo dan tagline yang terpilih akan digunakan sebagai identiti rasmi sepanjang Kempen Kesedaran COVID-19 yang akan dilancarkan sebelum akhir Julai 2020.
Hadiah bagi pemenang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tarikh tutup adalah pada 10 Julai 2020.
Maklumat lanjut dan syarat penyertaan boleh didapati di www.kkmm.gov.my atau www.penerangan.gov.my.

 

                           hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

KLINIK KESIHATAN FELDA TERSANG


  

  

Klinik Kesihatan Tersang memberikan perkhidmatan pelbagai perkhidmatan kepada panduduk Felda Tersang. Klinik Kesiihatan Tersang terdiri daripada dua klinik iaitu Klinik Kesihatan dan Klinik Ibu dan Anak. Lokasi Klinik Kesihatan terletak di atas bukit berhampiran rumah penduduk Blok C Felda Tersang 2. Klinik Kesihatan ini sebagai perkhidmatan kesihatan yang memberikan perkhidmatan “Primary Health Care” kepada pesakit yang mana merupakan “ frontliner health services “, perkhidmatan ini telah mendapat perhatian utama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk rancangan.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

Perkhidmatan utama yang diberikan melalui Unit Pesakit Luar yang terdapat di Klinik
Kesihatan Tersang adalah seperti berikut : -

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Rawatan Kecemasan
  • Perkhidmatan Ambulans

Klinik Kesihatan Tersang

27650 Raub Pahang

No Telefon

09-3403086

Waktu Operasi

Isnin -   Jumaat

8.00 Pagi – 5.00 Petang

5.00 Petang – 11 Malam (Extended Hours)

Sabtu -   Ahad

8.00 Pagi - 11.00 Malam (Extended Hours)

 

 

 

 

 

 

JAWATAN

SENARAI NAMA

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH

RAUB (UD53)

DR RAJA MOHD AZIM BIN RAJA HARON

PEGAWAI PERUBATAN UD44

DR SYED IQBAL AL-IDRUSBIN SYED ROSLI

JURURAWAT KESIHATAN  U29

NOR AIN FARHAN BINTI AMRAN

JURUTEKNOLOGI MAKMAL U29

ROZANA AIZA BINTI RAMELI

PEMBANTU FARMASI U29

SITI ROHAIZAH BINTI ROZALI

PEMBANTU PERUBATAN U29

1. SAIFUL ASRI BIN SHUDIN

2. MOHD FAKHRULRAZI BIN SAARI

PEMBANTU AWAM H11

1. NOR HISHAM BIN MAT NORDIN

2. WAN MOHD FADHIL BIN WAN ISMAIL

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U3

MAZRIZAM BIN AYUB

PEMANDU BERMOTOR R3

NURUL FAIES BIN ABDULLAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan. Klinik ini menyediakan perkhidmatan untuk ibu-ibu yang mengandung, bayi dan kanak-kanak. Maklumat jadual rawatan adalah sama dengan jadual rawatan Klinik Kesihatan.

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

Perkhidmatan utama yang diberikan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak adalah seperti berikut : -

- kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin

- imunisasi bagi kanak-kanak 

- pemantauan perkembangan kanak-kanak

- perancang keluarga

- rawatan pesakit luar

 

Alamat

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tersang

27650 Raub Pahang

No Telefon

09-3403909

 

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat

8.00 Pagi – 5.00 Petang

5.00 Petang – 11 Malam (Extended Hours)

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi - 11.00 Malam (Extended Hours)

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK TERSANG

JAWATAN

SENARAI NAMA

KETUA JURURAWAT

FARIDAH BINTI MUSA

JURURAWAT KESIHATAN U29

1. NOOR ASIAH BINTI IBRAHIM

2. NORAIDAH BINTI MOHD ZIN

3. SABARIAH BINTI MOHAMED YUNUS

JURURAWAT MASYARAKAT  U19

1. NORHALIANA BINTI ISMAIL

2. HAIZUN KHAIRIYAH BINTI ABDUL HAMID

3. NORAZIPAH BINTI AZIZ

4. LILY HARYANTI BINTI MOHD JELAS

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U3

NOOR ASYIKIN BINTI ZULKEFLI