Nama

Nurul Ashila Binti Ahmad

Umur

26 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Kedai Serbaneka RM2 dan Perniagaan Online

 

Latar belakang

Nurul Ashila memulakan perniagaan menjual pelbagai barang secara online di FB secara kecil-kecilan. Kemudian mendapat sokongan dan permintaan yang memuaskan, beliau mencari tapak kedai dan perniagaannya mula beroperasi di atas satu bangunan kedai. Diberi nama Kedai Serbaneka RM2 kerana barang di kedainya bermula dengan harga RM2 ke atas. Beliau juga disokong dan dibantu oleh abangnya dalam menjalankan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Ashila pada permulaannya banyak menjual produk dan barang-barang orang lain iaitu menjadi dropship. Kemudian apabila mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet, beliau mula terbuka hati dan minda untuk menjual produk sendiri disamping menjadi dropship. Beliau mula belajar membuat macaroni dan lasagna juga pelbagai kuih muih yang dijual sempena Hari Raya. Pendapatan ketika itu tidak banyak sekitar RM 300-RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan ilmu dan teknologi, beliau mempromosikan perniagaan secara online, melalui media social Facebook. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet , seperti  Kelas Ms Office, Ms Excel, dan lain-lain  ilmu berkaitan perniagaan atas talian. Dengan perniagaan online, promosi perniagaan lebih menggalakkan dan kini pendapatan beliau semakin meningkat RM500-RM1500.

ashila 1

Laman FB : Nurul Ashila

ashila 2 ashila 3 ashila 4

Produk yang dijual