Nama

Norsyafika Binti Roslee

Umur

11 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Norsyafika atau lebih mesra dipanggil Pikah, berumur 11 tahun dan merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 3. Merupakan anak yang ke 5 daripada 6 beradik dan sangat aktif orangnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula pada awal tahun 2017, Pikah telah mengunjungi Pusat Internet setelah diajak oleh rakan beberapa kali. Pikah telah menjadi ahli Pusat Internet Felda Tersang 1 pada bulan empat tahun 2017. Beliau sebelum ini, tidak pernah menggunakan komputer mahupun gajet lain, apabila beliau menjadi ahli Pusat Internet beliau banyak mengikuti kelas komputer, e-pembelajaran dan lain-lain.     

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas yang diikuti oleh Pikah, beliau kini semakin mahir dalam menggunakan komputer. Disebabkan pada tahun hadapan Pikah akan menduduki peperiksaan UPSR, beliau banyak mengikuti kelas pembelajaran seperti Bahasa melayu, matematik dan juga Bahasa inggeris. Didalam kelas, Pikah memberi perhatian penuh dan fokus terhadap apa yang dipelajari kerana beliau akan rugi jika main-main di dalam kelas katanya. Beliau kini pandai mencari maklumat di internet, tahu bagaimana hendak mencetak kerja-kerjanya, juga semakin pandai dalam pelajarannya. 

syafikah 1 syafikah 2 syafikah 3

Kelas yang diikuti