Nama

Nor Shuhada Binti Mohd Riduan

Umur

33 Tahun

Ahli Pi

2014

Perniagaan

Cicah Rasa Sambal Belimbing Hitam 

 

Latar belakang

Pn. Noor Shuhada mula menghasilkan produk cicah rasa sambal belimbing hitam sejak 3 tahun yang lalu. Beliau adalah seorang suri rumah yang berkebolehan dan suka memasak. Bagi meningkatkan ekonomi keluarga, beliau membuat sambal belimbing hitam dan memasarkan secara online dan offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cicah rasa sambal belimbing hitam beliau hanaya dijual kepada kenalan dan jiran tetangga sahaja Jumlah jualan juga adalah sedikit dan pendapatan juga kurang sebelum beliau menggunakan teknologi dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah mengenali internet dan mempromosikan perniagaan secara online, pelanggan daripada seluruh Malaysia boleh dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti laman social Facebook,Ms Office, dan perbankan online ilmu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Beliau juga mempromosikan cicah rasa sambal belimbing hitam My Shop Dashboard.  Dengan perniagaan online, Facebook dan Whatapps, tempahan berlaku lebih pantas dan mudah. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 70% berbanding sebelum ini.

2-tileshuhada 1-tile

Produk Jualan