Nama

Nor Syahirah BInti Ahmad Selamat

Umur

23 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Menjual makanan & produk kecantikan online

 

Latar belakang

Mula menceburi perniagaan ini pada tahun 2016 secara kecil-kecilan di sekitar Felda Tersang. Mengambil tempahan daripada jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat sahaja. Produk makanan ini adalah dibuat sendiri dan dijual secara kecil-kecilan. Antara makanan yang dijual seperti Nasi Lemak Pandan, Karipap Frozen, Popia Ayam dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja dimana beliau tidak menerima tempahan dengan kuantiti yang banyak. Pendapatan beliau sekitar Rm 400 – Rm 500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Staf Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 1, beliau banyak belajar bagaimana mengembangkan perniagaan. Tambahan pula, staf PI mengajar cara untuk mempromosikan dan membuat hebahan tentang perniagaan beliau dengan kaedah yang betul melaui Fb, Dashboard Myshop dan Whatsapp. Selepas itu, beliau telah menerima tempahan yang amat memeberangsangkan dan perniagaannya semakin berkembang. Beliau begitu bersyukur kerana pendapatan kini mencecah Rm 1000 sebulan.

 

ira-tile1 ira-tile2

Latihan Keusahawanan

ira-tile4 ira-tile5

Produk jualan