Nama

Muhammad Nur Iqmal Bin Abd Kadir

Umur

13 Tahun

Ahli Pi

2013

 

Latar belakang

Muhammad Nur Iqmal Bin Abd Kadir berumur 13 tahun, merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong, Raub.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Iqmal telah menjadi ahli PI sejak tahun 2013 dan berusia 9 tahun pada ketika itu. Pada awal nya beliau tiada asas menggunakan komputer malah tidak tahu untuk menggunakan internet sama sekali. Beliau sering berkunjung ke PI mengikuti rakan-rakannya yang lain dan hanya melihat rakan-rakannya bermain komputer dan mencari maklumat di internet.Kemudian beliau mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh staf PI yang sering kali diadakan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dianjurkan oleh staf PI, beliau sudah berpengetahuan dan mahir dalam pelbagai perkara dimana tahu fungsi setiap peralatan komputer, tahu bagaimana menaip dan mencetak. Beliau juga sudah tahu bagaimana mengendalikan komputer, membuat jadual, mencari maklumat di internet dan banyak lagi.

iqmal-tile1 iqmal-tile2 iqmal-tile3

Latihan ICT