Nama

Norbaizura Binti Sulaiman

Umur

33 Tahun

Ahli Pi

2017

Perniagaan

Menjual Pakaian Terpakai Bundle

 

Latar belakang

Pn. Norbaizura Sulaiman telah membuka sebuah kedai menjual pakaian terpakai, bagi kanan-kanak, golongan belia, dewasa mahupun warga emas. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2015, 3 tahun lalu dengan hanya menjual di rumah, kemudian bengkel kecil sebelah rumah sahaja. Kini berkat usahanya, pada 2017 beliau telah memiliki kedai beralamat No. 1 Kawasan Kedai Felda Tersang 1, iaitu di Tapak Pekan Sehari Felda Tersang 1.Raub, Pahanag. Antara Pakaian yang dijual adalah T-Shirt, Jeans, Seluar wanita dan lelaki, jogging pants, sweet pants, dankoleksi pakaian kanak-kanak. Harga jualan pakaian adalah antara RM1 sehingga RM40.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan perniagaan, beliau berniaga di rumah sahaja dengan modal permulaan yang sedikit dan menggunakan telefon bimbit sahaja. Pendapatan beliau pada ketika itu anggaran RM 1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah teknologi semakin berkembang, beliau mula mempromosi perniagaan secara online melalui media social Facebook & Whatsapp. Apabila diperkenalkan perkhidmatan di Pusat Internet, beliau turut menggunakan kemudahan yang disediakan, Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan seperti kelas komputer dan internet. Kini beliau lebih yakin dan telah menyewa kedai yang luas dan selesa. Pendapatan juga meningkat dan pernah mencecah sehingga RM5000 sebulan.

1

Pakaian terpakai yang dijual