Nama

Muhammad Ammar Bin Fathan

Umur

12 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Muhammad Ammar Bin Fathan, berumur 12 tahun dan berpindah ke Felda Tersang 1 pada awal tahun 201dann terus mendaftar menjadi ahli PI Felda Tersang . Beliau selalu mengikuti kelas yang diadakan di PI bagi memantapkan kemahiran ICT dan mendapatkan bahan pembelajaran untuk Peperiksaan UPSR.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet. Sebagai contoh semasa  membuat kerja kursus yang diberikan oleh pihak sekolah, banyak perkara yang berkaitan penggunaan Microsoft Office Word, internet, carian maklumat, dan lain-lain masih kurang difahami dan perlu diperbaiki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dianjurkan oleh  PI, beliau sudah berpengetahuan dan mahir dalam ict seperti mengetahui fungsi setiap peralatan komputer, mengetahui teknik menaip dan mengedit dokumen serta  mencetak hasil kerja beliau. Beliau juga sudah tahu bagaimana mengendalikan komputer,  mencari maklumat berkaitan pelajaran, mencari soalan-soalan peperiksaan di internet, bermain permainan pembelajaran, dan mengisi borang secara online.

Ammar

Latihan ICT