Nama |
Norhasnaatulrina Binti Mohd Ramli |
Umur |
29 Tahun |
Ahli Pi |
2016 |
Perniagaan |
Menjual barang terpakai |
Latar belakang
Pn. Rina memulakan perniagaan jual beli barang pada tahun 2012, di Kajang, Selangor, Kemudian menambah cawangan di Sungkai, Perak, kemuadian di seksyen U5, Shah Alam. Pada akhir tahun 2015, setelah ayah mertua meninggal, beliau dan suami balik ke Felda Tersang menjaga ibu mertua sekaligus membuka cawangan Kedai Barang Terpakai di Felda Tersang 1, Raub, Pahang, bertempat di belakang D’Mart Felda Tersang 1, berhampiran deretan kedai makan dan kedai runcit. Modal permulaan adalah dengan duit simpanan sendiri berjumlah RM10000 & menjual barang milik sendiri. Di sini saya mengembangkan perniagaan dengan pinjaman Amanah Ikhtiar. Saya dibantu oleh suami,Khairol Anuar Bin Mat Isa, dan dua orang pekerja tempatan. Pelbagai jenis barang terpakai terdiri daripada perabot, barangan elektrik, barangan kanak-kanak, basikal, stroller, dan lain-lain ada di kedai Kedai Barang terpakai Khairina.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sebelum terlibat dengan jualan online, hanya bergantung kepada pelanggan yang datang ke kedai sahaja. Jumlah pendapatan biasa-biasa saja. Namun ia jadi luar biasa meningkat 70% dengan penggunaan internet. Beliau menjadikan media social FB, dan Aplikasi WhatsApp, sebgai medium utama perniagaan online. Setalah berpindah ke Felda Tersang 1, saya telah mendaftar sebagai ahli PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjadi ahli PI, lebih memudahkan urusan kerja saya, dengan menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan di PI urusan perniagaan menjadi lebih mudah..Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI1M, seperti Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, saya dapat banyak ilmu berkaitan cara mempromosikan produk atas talian, menggunakan pembayaran online jika pelanggan menempah, sekaligus meningkatkan hasil jualan, Saya juga mempromosikan perniaggan di My Shop Dashboard. Dengan perniagaan online, jumlah pelanggan yang membeli barang terpakai dari kedai saya meningkat, dan terdiri dari sekitar negeri di Malaysia. Urusan jual beli dan mendapatkan stokk terbaru juga menjadi lebih mudah dan pantas. Pendapatan saya kini meningkat, dan mencecah RM5000-8000 sebulan.
Barang Jualan
Promosi di Media Sosial