Nama |
Ezan BInti Samad |
Umur |
35 Tahun |
Ahli Pi |
2014 |
Perniagaan |
Sambal Hitam Pahang, Sambal Peria & warung Mak Ngah |
Latar belakang
Pn. Ezan Samad menghasilkan Sambal Hitam Pahang sejak 7 tahun yang lalu, manakala Sambal Peria sejak setahun lalu. Selain membuat Sambal Hitam dan Sambal Peria, beliau juga mengusahakan warung makanan milik ibunya iaitu Pn. Hamidah. Warung Mak Ngah D’Mart terletak sebelah D’Mart Felda Tersang 3, dan telah beroperasi sejak 15 tahun yang lalu. Sambal Hitam Pahang dan Sambal Peria mendpat sambutan yang baik sejak dahulu hingga sekarang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebanyakan urusan dilakukan secara manual seperti, menulis dokumen, mengira untung rugi perniagaan tanpa bantuan komputer, dan mempromosi perniagaan dari mulut ke mulut sahaja. Dahulu saya hanya memasarkan produk saya di sekitar kawasan Felda Tersang dan sekitar Bandar Raub sahaja. Dengan adanya PI saya dapat melakukan urusan perniagaan dengan lebih sistematik dan taratur. Malah pernagaan juga berkembang dengan lebih meluas. Dengan mengikuti kelas yang dianjurkan PI, ilmu pengetahuan berkaitan ICT dan perniagaan, malah pendapatan dapat ditingkatkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli Pi, saya mengikuti kelas dan program yang dianjurkan, terutama kelas keusahawanan. Saya belajar cara menggunakan internet dalam perniagaan, seperti memperluaskan dan memasarkan produk-produk yang kita ada ke serata negeri dengan mempromosikannya di media social seperti di facebook. Melalui internet seperti Facebook dan yang terkini Whatsapp, hebahan perniagaan berjalan dengan lebih cepat dan segala tempahan dapat dilaksanakan segera, hasil jualan dapat ditingkatkan dengan permintaan meluas daripada pelanggan. Jika dahula pendapatan hanya RM2000, kini ia meningkat sebanyak RM4000.
Produk Jualan