Nama |
Zanatul Safinas Binti Zainal Abidin |
Umur |
27 Tahun |
Ahli Pi |
2010 |
Perniagaan |
Menjual Kain Batik Raifili |
Latar belakang
Mula bergiat aktif dalam bidang jahitan setelah tamat kursus jahitan di Giat Mara Cameron Highland pada Tahun 2015 sesi ke 2. Beliau masih giat aktif menjalankan perkhidmatan jahitan sehingga kini, disamping itu beliau kini mengembangkan perniagaan dengan menjual kain batik raifili.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan PI, pendapatan sekitar Rm 500 – Rm700 sebulan. Ini kerana saya hanya menerima tempahan tidak lebih 10 pasang baju sahaja memandangkan kekurangan mesin jahit. Saya hanya menggunakan mesin jahit lama emak. Tempahan juga kurang memuaskan kerana tidak mempromosikan khidmat jahitan yang saya jalankan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat banyak ilmu berkaitan cara mempromosikan produk yang saya usahakan melalui laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara mengendalikan Facebook dan Instagram dengan baik dan bagaimana menyusun ayat yang bagus untuk menarik minat pengguna laman sosial untuk menempah baju dengan saya dan kini saya juga telah menerima bantuan mesin jahit. Kini, beliau mengambil inisiatif mengembangkan perniagaannya dengan menjual kain batik raifili. Beliau berpendapat dengan menjual kain batik raifili, dapat menarik lebih ramai pelanggan dimana membeli kain batik dan juga menjahitnya. Ini dapat memudahkan pelanggannya.