Nama

Raja Zainuriah binti Raja Mansor

Umur

36 Tahun

Ahli NADI

2011

Perniagaan

Pengusaha pakaian & sabun pencuci pakaian serta makanan dan minuman.

 

Latar belakang

 

Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor berumur 36 Tahun dan merupakan anak peneroka kepada Peneroka Felda Tersang 1. Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor merupakan Generasi ke-2 yang aktif di dalam kalangan masyarakat setempat. Bermula dengan minat dalam bidang Fesyen, Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor mula membuka kedai jualan pakaian di Kawasan Kedai Koperasi Felda Tersang 1. Kedai lebih dikenali sebagai Kedai The Triple A Kidswear dan mula beroperasi sejak tahun 2018 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan di NADI

 

Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor hanya menggunakan komputer dalam kerja seharian secara asas sahaja. Beliau diajar oleh ahli keluarga beliau bagaimana menggunakan ICT disebabkan Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor mahu mengembangkan perniagaan. Tempahan dibuka kepada rakan-rakan serta serta penduduk setempat sahaja. Pendapatan pada ketika itu anggaran RM300 – RM500.

.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan di NADI

Melalui usaha dan kerjasama dari NADI Felda Tersang 1, Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor telah mempelajari penggunaan media sosial dalam mengembangkan perniagaan dan secara tidak langsung tempahan parang telah meningkat dan diperluaskan ke serata negeri.