sktsg-tile

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP TERSANG 1

 

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Tersang atau nama ringkasnya SK LKTP Tersang 1, merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Felda Tersang 1. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1982. Visi SK LKTP Tersang 1 adalah pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera dengan Moto “Bersih, Cekap, Amanah’.

FALSAFAH SEKOLAH

Sekolah adalah asas pembangunan negara. Oleh yang demikian, pendidikan mesti seimbang dengan pertumbuhan intelek dan pembentukan personality yang menyeluruh dari aspek rohani, jasmani, mental dan moral. Sekolah adalah tempat untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, bertanggungjawab dan berbakti kepada keluarga, masyarakat,bangsa  agama dan negara.