SEJARAH SAMBAL HITAM PAHANG
Pembuka selera ini dikenali sebagai Sambal Hitam cukup terkenal di Pahang Barat. Hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selain dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya.
Kalau sudah belimbing hitam yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah pendapatan penduduk setempat.
Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Penyediaan untuk membuat sambal ini sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain.
(Sumber : Google )
GULAI ASAM RONG / ASAM RUM
Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rom.
(Sumber : Wikipedia & Google)
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI.
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai merupakan salah satu maskan tempoyak yang terkenal di negeri Pahang. Resepinya amat mudah disediakan dan rasanya amat sedap dan enak. Sambal ini juga sesuai dimakan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman yang lain.
Resepi:
Bahan-Bahan:
200 gram ikan bilis
2 papan petai
20 biji cili padi (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
4 sudu besar tempoyak
Sehelai daun kunyit
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
1.Goreng sebentar ikan bilis (jangan garing sangat) kemudian angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan pula cili kisar , kunyit hidup sehingga wangi dan masukkan tempoyak , gaul sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan air dan selepas itu masukkan pula ikan bilis , petai dan garam secukup rasa.
4.Apabila masakan sudah mendidih , masukkan daun kunyit yang dihiris kasar dan siap untuk dihidang.
(Sumber: Google)