Nama

Norasidah Binti Rahamad

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2019

Perniagaan

Menjual Produk Kecantikan Nurraysa

 

Latar belakang

Perniagaan dijalan secara online dan offline. Jika online pemasaran produk dijalankan secara iklan di Facebook, dashboard komuniti, instagram dan juga whatsup. Manakala jika secara offline beliau mengedarkan flyers-flyers jualan beliau disekitar penduduk setempat dan juga di kedai-kedai yang berhampiran.

Usahwan merupakan seorang graduan dari Institut Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) dalam jurusan teknologi maklumat.. Sebelum bergelar seorang usahawan beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Pn. Norasidah mula berniaga secara kecil kecilan pada awl tahun 2019 yang mana pada ketika itu beliau tidak dapat kerja diluar kerana mempunyai anak yang masih kecil dan sukar untuk ditinggalkan. Memandangkan ingin mengurangkan beban suami untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, Pn. Norasidah memulakan perniagaan produk kecantikan. Antara produk yang dijual ialah  pencuci muka, bedak asas, lipstic, pemerah pipi, krim siang krim malam dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Jualan produk bulanan 20-40 unit

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri kerana beliau menggunakan medium FB sebagai tempat perniagaan. Beliau juga mempunyai agen di bawah beliau sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini RM1500-RM2000 sebulan dan jualan bulanan meningkat kepada 100-200 unit sebulan.

NORASIDAH1 NORASIDAH2