skmenengah-tile

SEK. MEN. KEB. LKTP TERSANG

Sekolah ini menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak mereka ke alam persekolahan menengah. Hal ini demikian kerana SMK LKTP Tersang merupakan satu-satunya sekolah menengah yang berhampiran. Selain itu, ada juga sekolah-sekolah di bandar Raub dan Felda Sungai Koyan. Namun ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menampung kehidupan anak-anak yang perlu tinggal di asrama dan membayar tambang bas sekolah setiap hari.

Pada tahun 1993, pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mendirikan sebuah sekolah di kawasan tersebut.Bermula 3 Jun 1993, kerja-kerja pembersihan, pengukuran dan penyediaan tapak dilakukan.Dalam masa setahun setengah,sebahagian bangunan utama Sekolah Menengah Kebangsaan ( LKTP ) Tersang siap dibina. Walaupun sebahagian kecil bangunan sekolah masih belum siap sepenuhnya,pengambilan pelajar perintis bagi sesi persekolahan 1993/1994 telah dibuat lebih awal iaitu pada 1 Disember 1993 atas desakan daripada ibu bapa.

Bangunan SMK (LKTP) Tersang siap dibina sepenuhnya pada 6 April 1994. Hal ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah bagi penduduk daerah Raub amnya dan peneroka di Felda Tersang khususnya. Dengan terbinanya bangunan ini, anak-anak peneroka tidak perlu lagi bersusah payah menunggu bas setiap pagi untuk ke sekolah yang terletak di Felda Sungai Koyan. Segala kos perbelanjaan pembinaan bangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM 5.615 juta.

 

 

Pengenalan PDK

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Objektif  PDK:

  • Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
  • Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
  • Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
  •  Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
  • Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model iaitu:

  • Home Based.
  • Centre Based.
  • Centre-Home Based.

PDK Nur Iman Felda Tersang 1 telah dibuka sekitar tahun 2000 dan telah melatih hampir 50 orang pelatih yang berada di sekitar kawasan dun Batu Talam. Terletak bersebelahan Masjid Al-Hidayah. Antara aktiviti PDK Nur Iman adalah:

  • Kemahiran motor kasar.
  • Kemahiran motor halus.
  • Perkembangan sosial.
  • Perkembangan Bahasa.
  • Pengurusan diri sendiri.
  •  Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
  • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
  • Latihan Vokasional.
  • Terapi muzik.
  • Sukan dan rekreasi.

 Pencapaian Tertinggi

(1) PDK Terbaik Daerah Raub Tahun 2008
(2) Mewakili Negeri Pahang untuk Special OlympicPeringkat Kebangsaan

BIL

NAMA

JAWATAN

1

NOORMI HANA BT SAHODIN (017-9241255)

PENYELIA

2

ASMAH BT SONAN

PENASIHAT

3

YUSMA SHALWA BT YUSOF

PETUGAS

4

HASNIZA BT BEBAKAR

PETUGAS

5

ZURAIDAH BT ABDULLAH

PETUGAS

6

SITI NORAZIRA BT RAMLY

PETUGAS

7

HASRIZAN B HASSIM

PETUGAS

8

SAMAD BIN ABDUL KHALID

PETUGAS