Nama

Mohd Hanafi Bin Yahya

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Menjual Kambing Perap & Pes Perapan

 

Latar belakang

Perniagaan dijalan secara online dan offline. Jika online pemasaran produk dijalankan secara iklan di Facebook, dashboard komuniti, instagram dan juga whatsup. Manakala jika secara offline beliau akan membuka gerai jika terdapat apa-apa program yang dianjurkan oleh Daerah ataupun Felda. Beliau akan membuat perkhidmatan penghantaran secara percuma untuk pelanggan yang duduk berdekatan, manakala jika yang berada diluar daerah dan menempah dengan kuantiti yang banyak beliau akan menghantar dengan menggunakan perkhidmatan pos melalui bas express.

Usahwan merupakan seorang graduan dari University Sains Islam Malaysia. Sebelum bergelar seorang usahawan En Hanafi pernah menjawat jawatan Imam Masjid Di Felda Krau selama 4 tahun. Selain itu, semasa bekerja sebagai imam beliau juga membuat perniagaan secara sambilan sebelum mengambil keputusan untuk berniaga sepenuh masa apabila sering berulang ke hospital bila anak beliau sakit. Beliau mula membuat perniagaan The Grill pada oktober 2016 secara sambilan dan membuat keputusan untuk berniaga secara masa pada Januari 2017 dan beliau telah meletak jawatan sebagai seorang imam. Sehingga kini, En Hanafi mempunyai 20 mini stokis dibeberapa daerah dan 7 orang daripada meraka bergerak secara aktif, antaranya Stokis Kuantan dan Stokis Ipoh.Selain itu, beliau juga meletakkan produk beliau di kedai-kedai serta petronas di daerah Raub.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000 sahaja sebulan. Jualan produk bulanan 1000-2000

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri dan mempunyai stokis beliau sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini 4500-5000 sebulan dan jualan bulanan meningkat kepada 10000- 15000 sebulan.

Hanafi 1

Nama

Norlela Sari Binti Mat Isa

Umur

49 Tahun

Ahli Pi

2010

 

Latar belakang

Puan Norlela Sari merupakan seorang ahli Pusat Internet Felda Tersang 1 bermula tahun 2010 sehingga kini. Puan Norlela Sari sangat aktif bergerak mengikuti aktiviti yang dijalankan bersama Pusat Interent Felda Tersang 1 dan kumuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norlela Sari merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga setiausaha pergerakan wanita (GPW) Felda tersang 1. Dahulunya beliau takut hendak membuat kerja-kerja GPW yang menggunakan computer seperti menaip dan membuat minit mesyuarat pergerakan.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mengikuti aktiviti di Pusat Internet tanpa jemu. Beliau semakin hari semakin mahir menggunakan komputer dan internet dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Felda Tersang 1. Kini beliau yakin untuk mengendalikan komputer apabila disuruh atau membuat kerja. Beliau juga merupakan seorang peminjam notebook di Pusat Internet.

ICT Lela sari 1

Nama

Mohd Shah Rizal Bin Zakaria

Umur

36 Tahun

Ahli Pi

2014

Perniagaan

Pengusaha perabot pallet

 

 

Latar belakang

Memulakan perniagaan pada tahun 2017 dan semakin berkembang pesat perniagaan ini. Belajar membuat kayu pallet melalui youtube dan rakan-rakan. Pembekal kayu pallet adalah daripada Kuala Lumpur dan Klang Selangor. Harga bagi setiap produk yang dihasilkan adalah bergantung kepada kos yang dikalikan dengan 2.5 termasuk harga upah.Strategi pemasaran Rustic Garaj adalah melalui aplikasi whatsapp,facebook dan dashboard komuniti.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 hingga RM3000 sahaja sebulan. Tempahan biasanya hanya penduduk setempat.. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari penduduk setempat iaitu Felda Tersang dan kawasan luar iaitu Kuala Lumpur yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan beliau kini mencecah RM5000 hingga RM6000 sebulan.

Produk pallet 1 Produk pallet 2

Nama

Nurul Aini Binti Hamzah

Umur

30 Tahun

Ahli Pi

2013

Perniagaan

Menjual Kuih Peneram

 

Latar belakang

Puan Aini berumur 30 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau merupakan seorang staf di Perpustakaan Desa Felda Tersang 1.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula tahun 90an lagi ibu Puan Aini sudah berniaga kuih muih dan nasi lemak di hadapan rumahnya. Puan Aini membantu ibunya secara tidak langsung menimbul minat dalam bidang pembuatan kuih muih dan berniaga. Pada masa itu, Puan Aini masih bersekolah dan tidak mempunyai pengetahuan dalam perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas meningkat dewasa, banyak pengalaman yang ditimba berkaitan perniagaan, social media dan sebagainya dimana sedikit sebanyak membantu mengembangkan perniagaan beliau dan ibunya. Beliau berkata, faktor ekonomi juga banyak memberi impak kepada beliau untuk menambah pendapatannya. Justeru, beliau telah mengembangkan perniagaan dengan menjual kuih peneram sekitar kawasan dan juga banyak menerima tempahan dari luar kawasan. 

Sara kuih peneram 1 Sara kuih peneram 2

Nama

Qaseh Qistina Binti Abdullah

Umur

10 Tahun

Ahli Pi

2016

 

Latar belakang

Qaseh Qistina atau lebih mesra dipanggil Qaseh oleh kawan-kawannya berumur 10 tahun dan telah menjadi ahli PI sejak berumur 6 tahun. Qaseh merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradiknya. Bersekolah di Tahun 4 SK LKTP Tersang Satu.     

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Qaseh telah menjadi ahli berdaftar PI Felda Tersang 1 sejak tahun 2016 iaitu berumur 6 tahun. Qaseh mengikuti sepupunya sering berkunjung ke PI sekadar menemani sepupunya yang lebih dewasa membuat kerja-kerja atau menggunakan perkhidmatan di PI. Disebabkan Qaseh masih kecil dan tidak pandai menggunakan kemudahan ICT di PI, Qaseh hanya melihat kawan-kawan yang lebih besar darinya menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada tahun 2017, ketika berumur 7 tahun, Qaseh sering ke PI dan mula belajar dan mengikuti kelas yang disediakan oleh staf PI. Lama-kelamaan Qaseh menjadi mahir dan pandai memegang tetikus dan membuka youtube dan sebagainya. Kini, Qaseh mahir mengendalikan komputer dan mencari maklumat di internet seperti menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

QASEH1 QASEH2