Nama

Nor Syahirah BInti Ahmad Selamat

Umur

23 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Menjual makanan & produk kecantikan online

 

Latar belakang

Mula menceburi perniagaan ini pada tahun 2016 secara kecil-kecilan di sekitar Felda Tersang. Mengambil tempahan daripada jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat sahaja. Produk makanan ini adalah dibuat sendiri dan dijual secara kecil-kecilan. Antara makanan yang dijual seperti Nasi Lemak Pandan, Karipap Frozen, Popia Ayam dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja dimana beliau tidak menerima tempahan dengan kuantiti yang banyak. Pendapatan beliau sekitar Rm 400 – Rm 500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Staf Pusat Internet 1 Malaysia Felda Tersang 1, beliau banyak belajar bagaimana mengembangkan perniagaan. Tambahan pula, staf PI mengajar cara untuk mempromosikan dan membuat hebahan tentang perniagaan beliau dengan kaedah yang betul melaui Fb, Dashboard Myshop dan Whatsapp. Selepas itu, beliau telah menerima tempahan yang amat memeberangsangkan dan perniagaannya semakin berkembang. Beliau begitu bersyukur kerana pendapatan kini mencecah Rm 1000 sebulan.

 

ira-tile1 ira-tile2

Latihan Keusahawanan

ira-tile4 ira-tile5

Produk jualan

Nama

Nor Shuhada Binti Mohd Riduan

Umur

33 Tahun

Ahli Pi

2014

Perniagaan

Cicah Rasa Sambal Belimbing Hitam 

 

Latar belakang

Pn. Noor Shuhada mula menghasilkan produk cicah rasa sambal belimbing hitam sejak 3 tahun yang lalu. Beliau adalah seorang suri rumah yang berkebolehan dan suka memasak. Bagi meningkatkan ekonomi keluarga, beliau membuat sambal belimbing hitam dan memasarkan secara online dan offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cicah rasa sambal belimbing hitam beliau hanaya dijual kepada kenalan dan jiran tetangga sahaja Jumlah jualan juga adalah sedikit dan pendapatan juga kurang sebelum beliau menggunakan teknologi dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah mengenali internet dan mempromosikan perniagaan secara online, pelanggan daripada seluruh Malaysia boleh dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti laman social Facebook,Ms Office, dan perbankan online ilmu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Beliau juga mempromosikan cicah rasa sambal belimbing hitam My Shop Dashboard.  Dengan perniagaan online, Facebook dan Whatapps, tempahan berlaku lebih pantas dan mudah. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 70% berbanding sebelum ini.

2-tileshuhada 1-tile

Produk Jualan

Nama

Suzailizam Binti Sulaiman

Umur

35 Tahun

Ahli Pi

2014

Perniagaan

Menjual Emas (ansuran dan tunai)

 

Latar belakang

Pn. Sulailizam adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mula bergiat dalam dalam menjual emas dan lain-lain produk secara online pada awal tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengguanan ICT, jualan  dan produk dipromosi melalui hebahan mulut dan dengan orang terdekat dan dikenali sahaja. Dahulu saya hanya menjual produk saya di sekitar kawasan Felda Tersang dan sekitar Bandar Raub sahaja. Denagn internet dan  melakukan urusan perniagaan dengan lebih sistematik dan taratur. Pendapatan dahulu adalah kurang berbanding pendatan sekarang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali PI dan berhubung, ilmu ICT beliau ditingkatkan melalui latihan keusahawanan. Beliau boleh menggunakan Ms Office dan Internet. Beliau telah mempromosikan emas dan produk sampingan lain di Facebook dan hebahan nya lebih cepat sampai kepada pelanggan. Pendapatan juga meningkat senyak 50%.

emas1-tileemas2-tileemas3-tile

Emas yang dijual

Nama

Nor Azlinawati Binti Mat Sapri

Umur

35 Tahun

Ahli Pi

2016

 

Latar belakang

Beliau seorang belia lepasan PMR, SPM dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dalam bidang penerbitan dan percetakan. Beruasaha mencari kerja untuk membantu keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir menaip dan merasa susah untuk mencari maklumat terkini, seperti peluang pekerjaan hanya diketahui melalui kawan-kawan dan surat khabar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PI dan menjadi ahli, beliau telah mahir menaip dan mampu mencari maklumat dan informasi daripada internet dengan cepat, cekap dan tepat. urusan permohonan pekerjaan lebih sistematik dan mudah, malahan beliau juga Lebih terdedah kepada emel, dan internet.

azlina1-tile azlina2-tile azlina3-tile

Latihan ICT

Nama

Siti Nor Lailah Binti Alias

Umur

33 Tahun

Ahli Pi

2011

Perniagaan

Produk Kecantikan & Kesihatan

 

Latar belakang

Pn. Nurlailah minat berniaga sejak tamat belajar. Beliau menjual produk Celebrity Lass, Organic Chia Seed dan Lemonade Xpresh bermula pada Tahun 2015 secara online dan offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebelum terlibat dengan jualan online, hanya bergantung kepada pelanggan yang dikenali sahaja. Jumlah pendapatan juga kurang memberangsangkan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah mengenali internet dan mempromosikan perniagaan secara online, pelanggan daripada seluruh Malaysia boleh dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti  Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, banyak iimu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebnayk 50% berbanding sebelum ini. Beliau juga mempromosikan Celebrity Lass di My Shop Dashboard.  Dengan perniagaan online, rusan jual beli dan mendapatkan stok terbaru juga menjadi lebih mudah dan pantas

 

laila2-tile laila3-tile laila1-tile

Produk jualan