Nama |
Ezan BInti Samad |
Umur |
35 Tahun |
Ahli Pi |
2014 |
Perniagaan |
Sambal Hitam Pahang, Sambal Peria & warung Mak Ngah |
Latar belakang
Pn. Ezan Samad menghasilkan Sambal Hitam Pahang sejak 7 tahun yang lalu, manakala Sambal Peria sejak setahun lalu. Selain membuat Sambal Hitam dan Sambal Peria, beliau juga mengusahakan warung makanan milik ibunya iaitu Pn. Hamidah. Warung Mak Ngah D’Mart terletak sebelah D’Mart Felda Tersang 3, dan telah beroperasi sejak 15 tahun yang lalu. Sambal Hitam Pahang dan Sambal Peria mendpat sambutan yang baik sejak dahulu hingga sekarang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebanyakan urusan dilakukan secara manual seperti, menulis dokumen, mengira untung rugi perniagaan tanpa bantuan komputer, dan mempromosi perniagaan dari mulut ke mulut sahaja. Dahulu saya hanya memasarkan produk saya di sekitar kawasan Felda Tersang dan sekitar Bandar Raub sahaja. Dengan adanya PI saya dapat melakukan urusan perniagaan dengan lebih sistematik dan taratur. Malah pernagaan juga berkembang dengan lebih meluas. Dengan mengikuti kelas yang dianjurkan PI, ilmu pengetahuan berkaitan ICT dan perniagaan, malah pendapatan dapat ditingkatkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli Pi, saya mengikuti kelas dan program yang dianjurkan, terutama kelas keusahawanan. Saya belajar cara menggunakan internet dalam perniagaan, seperti memperluaskan dan memasarkan produk-produk yang kita ada ke serata negeri dengan mempromosikannya di media social seperti di facebook. Melalui internet seperti Facebook dan yang terkini Whatsapp, hebahan perniagaan berjalan dengan lebih cepat dan segala tempahan dapat dilaksanakan segera, hasil jualan dapat ditingkatkan dengan permintaan meluas daripada pelanggan. Jika dahula pendapatan hanya RM2000, kini ia meningkat sebanyak RM4000.
Produk Jualan
Nama |
Norhasnaatulrina Binti Mohd Ramli |
Umur |
29 Tahun |
Ahli Pi |
2016 |
Perniagaan |
Menjual barang terpakai |
Latar belakang
Pn. Rina memulakan perniagaan jual beli barang pada tahun 2012, di Kajang, Selangor, Kemudian menambah cawangan di Sungkai, Perak, kemuadian di seksyen U5, Shah Alam. Pada akhir tahun 2015, setelah ayah mertua meninggal, beliau dan suami balik ke Felda Tersang menjaga ibu mertua sekaligus membuka cawangan Kedai Barang Terpakai di Felda Tersang 1, Raub, Pahang, bertempat di belakang D’Mart Felda Tersang 1, berhampiran deretan kedai makan dan kedai runcit. Modal permulaan adalah dengan duit simpanan sendiri berjumlah RM10000 & menjual barang milik sendiri. Di sini saya mengembangkan perniagaan dengan pinjaman Amanah Ikhtiar. Saya dibantu oleh suami,Khairol Anuar Bin Mat Isa, dan dua orang pekerja tempatan. Pelbagai jenis barang terpakai terdiri daripada perabot, barangan elektrik, barangan kanak-kanak, basikal, stroller, dan lain-lain ada di kedai Kedai Barang terpakai Khairina.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sebelum terlibat dengan jualan online, hanya bergantung kepada pelanggan yang datang ke kedai sahaja. Jumlah pendapatan biasa-biasa saja. Namun ia jadi luar biasa meningkat 70% dengan penggunaan internet. Beliau menjadikan media social FB, dan Aplikasi WhatsApp, sebgai medium utama perniagaan online. Setalah berpindah ke Felda Tersang 1, saya telah mendaftar sebagai ahli PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menjadi ahli PI, lebih memudahkan urusan kerja saya, dengan menggunakan kemudahan internet dan perkhidmatan di PI urusan perniagaan menjadi lebih mudah..Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI1M, seperti Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, saya dapat banyak ilmu berkaitan cara mempromosikan produk atas talian, menggunakan pembayaran online jika pelanggan menempah, sekaligus meningkatkan hasil jualan, Saya juga mempromosikan perniaggan di My Shop Dashboard. Dengan perniagaan online, jumlah pelanggan yang membeli barang terpakai dari kedai saya meningkat, dan terdiri dari sekitar negeri di Malaysia. Urusan jual beli dan mendapatkan stokk terbaru juga menjadi lebih mudah dan pantas. Pendapatan saya kini meningkat, dan mencecah RM5000-8000 sebulan.
Barang Jualan
Promosi di Media Sosial
Nama |
Muhammad Ammar Bin Fathan |
Umur |
12 Tahun |
Ahli Pi |
2017 |
Latar belakang
Muhammad Ammar Bin Fathan, berumur 12 tahun dan berpindah ke Felda Tersang 1 pada awal tahun 201dann terus mendaftar menjadi ahli PI Felda Tersang . Beliau selalu mengikuti kelas yang diadakan di PI bagi memantapkan kemahiran ICT dan mendapatkan bahan pembelajaran untuk Peperiksaan UPSR.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet. Sebagai contoh semasa membuat kerja kursus yang diberikan oleh pihak sekolah, banyak perkara yang berkaitan penggunaan Microsoft Office Word, internet, carian maklumat, dan lain-lain masih kurang difahami dan perlu diperbaiki.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau sudah berpengetahuan dan mahir dalam ict seperti mengetahui fungsi setiap peralatan komputer, mengetahui teknik menaip dan mengedit dokumen serta mencetak hasil kerja beliau. Beliau juga sudah tahu bagaimana mengendalikan komputer, mencari maklumat berkaitan pelajaran, mencari soalan-soalan peperiksaan di internet, bermain permainan pembelajaran, dan mengisi borang secara online.
Latihan ICT
Nama |
Norkhayati Binti Ahmad |
Umur |
47 Tahun |
Ahli Pi |
2016 |
Latar belakang
Guru Tabika Kemas Pos Buntu,Ulu Sungai, Raub, Pahang
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Menulis laporan-laporan kerja secara manual dan kurang sistematik.Kurang terdedah kepada internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mahir menggunakan komputer dan internet. Laporan dan kerja-kerja dokumentasi telah dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan sistematik. Lebih terdedah kepada emel, dan internet.
Latihan ICT
Nama |
Hayati Binti Shaharuddin |
Umur |
40 Tahun |
Ahli Pi |
2013 |
Perniagaan |
Butik Andaman Pengantin |
Latar belakang
Dikenali sebagai Kak Yatie oleh penduduk tempatan dan mengusahakan perniagaan Butik Andaman di Felda Tersang dan melebarkan sayap perniagaan ke Felda Sungai Koyan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Memulakan perniagaan sekitar tahun 2000 di Felda Tersang 1, dan membuka sebuah kedai kecil untuk menempatkan peralatan Butik Andaman beliau. Mempunyai seorang pekerja yang benyak membantu urusan butik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah mengikuti beberapa kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI dimana beliau telah diajar cara mempromosikan perniagaan di Facebook dan juga Aplikasi Dashboard My Shop. Kini beliau mempromosikan perniagaan secara online dan pelanggan daripada seluruh Malaysia dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti bengkel Microsoft Office, perniagaan atas talian, dan perbankan online, beliau lebih berkeyakinan untuk meleuaskan empayar pernigaan. Dengan perniagaan online, tempahan berlaku lebih pantas dan mudah. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 50%, anggaran pendapatan boleh mencecah RM 5000 sebulan.
Butik Azyatie Andaman
Koleksi Butik Azyatie Andaman