Nama

Norlinna Binti Mohamed Isa

Umur

33 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Puan Norlinna merupakan seorang guru literasi di Felda Tersang 1. Beliau banyak menggunakan kemudahan ICT dalam kehidupan seharian juga untuk kegunaan pembelajaran pelajarnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norlinna mempunyai asas kemahiran ICT, namun terdapat sesetengah perkara yang beliau tidak mahir atau jarang mengaplikasikan. Beliau juga sering menyuruh kawan-kawan yang lebih mahir untuk membantu membuat kerja-kerja atau tugasan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti latihan ICT dan pelbagai aktiviti lain di Pusat Internet. Beliau mengambil peluang untuk belajar dan menambah ilmu untuk kegunaan dan kesenangan dirinya sendiri. Kini beliau sudah mahir dan berkeyakinan untuk menggunakan teknologi ICT dalam kehidupan seharian dan pengajaran.

NORLINNA1 NORLINNA 2 NORLINNA 3

Latihan ICT 

Nama

Noor Azizah Binti Abd Aziz

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2012

Perniagaan

Design, Cetakan Sticker, T-shirt dan lain-lain

 

Latar belakang

Minat terhadap bidang merekacipta sticker dan logo yang mendalam, menyebabkan Cik Azizah Abd Aziz memulakan perniagaan Kedai Pelekat pada tahun 2015. Beliau bertekad dalam bidang design ini setelah mendapat pengalaman kerja dari syarikat percetakan, dan ditambah dengan ilmu yang telah dipelajari. Permintaan terhadap perniagaan sticker juga dilihat tinggi dapat meningkat taraf ekonomi pada masa sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebelum mengunakan ICT dengan sebaiknya, adalah terhad dan sedikit sahaja, sekitar RM200    - RM500. Jumlah pelanggan juga adalah kurang kerana hanya mempromosi kepada kenalan yang dikenali.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan teknologi dan internet, urusan kerja beliau menjadi lebih lebih kemas, mudah dan cepat. Dengan media sosial terkini seperti Facebook (FB), Instagram, beliau meluaskan perniagaan dan berkongsi maklumat dengan kenalan yang juga mempunyai minat  atau kerjaya yang sama. Beliau juga mempelajari teknik-teknik design, menghasilkan Sticker daripada internet. Dengan mempromosikan perniagaannya di media sosial, pelanggan akan lebih cepat mendapatkan maklumat untuk membuat tempahan. Kini beliau juga meningkatkan ilmu dengan menghadiri kelas wrapped sticker di Kuala Lumpur dimana permintaan wrapped sticker amat menggalakkan. Tempahan yang diterima dari serata negeri telah meningkatkan hasil jualan beliau. Kini pendapatan beliau melebihi RM1500 sebulan.

kedaipelekat4

kedaipelekat3    CETAK TSHIRT 1

Produk dari Kedai Pelekat

Nama

Norhimah Binti Abd Karim

Umur

53 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Sambal Hitam Pahang, Sambal Peria & Aserom 

 

Latar belakang

Pengusaha produk makanan tradisional Pahang iaitu Sambal Hitam Pahang, Sambal Peria dan Aserom Pahang.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Membuka tempahan Sambal Hitam kepada jiran dan rakan terdekat sahaja kerana beberapa faktor iaitu kewangan, bahan mentah dan tiada promosi. Anggaran pendapatan pada masa itu sekitar Rm 200.

Selepas penggunaan ICT / pennglibatan PI

Dahulu saya hanya memasarkan produk saya di sekitar kawasan Felda Tersang dan sekitar Bandar Raub. Setelah saya belajar cara  menggunakan internet, barulah saya tahu dengan menggunakan internet juga kita dapat memperluaskan memasarkan produk-produk yang kita ada. Dari situ permintaan pelanggan selalu ada dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan pendapatan jualan saya iaitu iaitu boleh mencecah Rm 450.


 

Nama

Ezan Binti Samad

Umur

37 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Inap Desa (Roomstay & Homestay)

 

Latar belakang

Ezan samad adalah dikenali sebagai seorang pengusaha sambal di Felda Tersang juga kawasan luar. Antara sambal yang dijual adalah Sambal Pahang, Sambal Bunga Kantan, Sambal Peria Garing, Serunding Halia dan pelbagai lagi. Beliau juga menguruskan sebuah kedai makan.  Beliau memulakan perniagaan sambal sejak 5 tahun yang lalu bermula hanya dengan sambal Hitam/ Sambal Pahang. Kini beliau mempelbagaikan jenis sambalnya. Kini mendapat idea menyediakan perkhidmatan Homestay yang dikenali sebagai Inap Desa Kak Jem yang terletak di Felda Tersang 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkhidmatan Inap Desa Kak Jem ini baru beroperasi lebih kurang setahun yang lalu. Kurang mendapat sambutan atau tidak diketahui umum menjadi masalah utama.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempromosikan perkhidmatan Homestaynya di media sosial juga di Dashboard Myshop di PI. Kini Inap Desa Kak Jem mendapat sambutan yang menggalakkan khusus pada musim cuti  persekolahan.

  inap desa 2 inap desa 1 inap desa 3

Inap Desa Kak Jem

 

Nama

Johar Bin Hassan

Umur

50 Tahun

Ahli Pi

2012

 

Latar belakang

Peneroka Felda Tersang 1, Ahli RELA  Felda Tersang 1 ( Pegawai Perhubungan RELA)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mendidik pelajar tanpa bantuan teknologi dan menyiapkan laporan-laporan kerja secara manual dan kurang sistematik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak penubuhan Pusat Jalur Lebar (PJK) pada tahun 2010, yang kini dikenali sebagai PI, beliau rajin mengikuti kelas dan kursus yang dijalankan di PI. Melalui  Beliau kini telah celik IT, dan serta sentiasa ingin belajar benda baru daripada internet dan teknologi.

  

Latihan ICT