Nama

Siti Zulaikha BInti Jalaludin

Umur

32 Tahun

Ahli Pi

2015

Perniagaan

Menjual Produk Kesihatan & Kecantikan - Aisyigir Firash

 

Latar belakang

Pada permulaan perniagaan Puan Zulaikha telah memulakan perniagaan kedai runcit milik keluarga sejak tahun 2000 dan pada tahun 2010 beliau mula membuka satu lagi perniagaan produk kecantikan & kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Puan Zulaikha menjual produk-produk di kedai sahaja dan pelanggan akan datang ke kedai untuk membeli produknya. Selepas menglibatkan diri dengan PI, beliau telah mempelajari cara memasarkan produk di laman sosial seperti “facebook”. Pendapatan juga sedikit dalam lingkungan Rm 500-rm1000 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas intel & keusahawanan yang dianjurkan PI, beliau telah berjaya memasarkan produk-produk di facebook miliknya. Jumlah pelanggan semakin meningkat dan mampu menjana pendapatan sehingga Rm3000 sebulan. Sebelum ini, pendapatan agak terhad kerana pasaran tidak meluas dan hanya tertumpu pada masyarakat setempat, tapi apabila beliau luaskan pasaran melalui atas talian, pendapatan telah meningkat. Kadar jualan dan keuntungan juga meningkat. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dalam meningkatkan ekonomi perniagaan beliau.

 

Produk Kesihatan & Kecantikan

 

Kedai Runcit

Nama

Noor Azizah Binti Abd Aziz

Umur

28 Tahun

Ahli Pi

2012

Perniagaan

Design, Cetak Sticker & Printing - Kedai Pelekat


Latar belakang

Minat terhadap bidang merekacipta sticker, logo, yang mendalam, menyebabkan Cik Azizah Abd Aziz memulakan perniagaan Kedai Pelekat pada tahun 2015. Beliau bertekad dalam bidang design ini setelah mendapat pengalaman kerja dari syarikat percetakan, dan ditambah dengan ilmu yang telah dipelajari. Permintaan terhadap perniagaan sticker juga dilihat tinggi dapat meningkat taraf ekonomi pada masa sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebelum mengunakan ICT dengan sebaiknya, adalah terhad dan sedikit sahaja, sekitar RM200 - RM500. Jumlah pelanggan juga adalah kurang kerana hanya mempromosi kepada kenalan yang dikenali.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P

Dengan teknologi dan internet, urusan kerja beliau menjadi lebih lebih kemas, mudah dan cepat. Dengan media sosial terkini seperti Facebook (FB), Instagram, beliau meluaskan kenalan dan berkongsi maklumat dengan kenalan yang juga mempunyai minat  atau kerjaya yang sama. Beliau juga mempelajari teknik-teknik design, menghasilkan Sticker daripada internet. Dengan mempromosikan perniagaannya di media sosial, pelanggan akan lebih cepat mendapatkan maklumat untuk membuat tempahan. Tempahan yang diterima dari serata negeri telah meningkatkan hasil jualan beliau. Kini pendapatan beliau melebihi RM1000.

  

Latihan ICT

  

Produk Kedai Pelekat

Nama

Mohamad Zakri Bin Hamzah

Umur

35 Tahun

Ahli Pi

2015

Perniagaan

Kambing Golek Tok Mezah

 

Latar belakang

Telah manghabiskan pengajian di Giat Mata Bentong dan bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur selama 10 tahun. Pulang ke kampung dan berniaga secara kecil-kecilan. Mendapat idea berniaga kambing golek disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan pasaran yang baik. Berdasarkan sedikit pengalaman bekerja di restoran, saya beranikan diri memulakan perniagaan di kampung iaitu di Felda Tersang dan tertumpu kepada masyarakat setempat sahaja kerana kekurangan peralatan dan pengangkutan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sudah lama menjadi ahli PI, namun sekadar datang untuk membuat cetakan dan fotostat. Namun setelah berniaga, saya dapati PI banyak kelebihan yang boleh membantu memajukan perniagaan saya. Terdapat banyak kelas yang boleh diikuti seperti kelas keusahawanan salah satunya. Tempahan kambing golek tidak begitu memuaskan dan pendapatan tidak lebih Rm2000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas berhubung dengan pihak PI, saya mempunyai banyak ilmu berkaitan perniagaan kerana telah terlibat dalam kelas keusahawanan. Saya telah mempromosikan kambing golek di Facebook dan sedikit sebanyak telah meningkatkan tempahan. Melalui hebahan di Facebook,orang ramai dapat mengetahui perniagaan kambing golek saya dari seluruh negeri, namun disebabkan kekurangan pengangkutan, saya hanya menerima tempahan sekitar daerah terdekat sahaja kerana sudah memadai pulangannya. Pendapatan saya kini mencecah Rm4000

Kambing Golek

Nama

Suziahani BInti Shamsudin

Umur

38 Tahun

Ahli Pi

2012

 

Latar belakang

Guru Literasi Felda Tersang 1, Raub, Pahang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mendidik pelajar tanpa bantuan teknologi dan menyiapkan laporan-laporan kerja secara manual dan kurang sistematik.Kurang terdedah kepada internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mahir menggunakan komputer dan internet. Laporan dan kerja-kerja dokumentasi telah dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan sistematik. Dapat mencari maklumat, bahan-bahan pembelajaran untuk pelajar literasi, meningkatkan idea untuk mendidik.

suziahani1 suziahani2

Latihan ICT

Nama

Zanatul Safinas Binti Zainal Abidin

Umur

23 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Menerima Tempahan Jahitan Baju

 

Latar belakang

Mula bergiat aktif dalam bidang jahitan setelah tamat kursus jahitan di Giat Mara Cameron Highland pada Tahun 2015 sesi ke 2. Beroperasi di rumah sehingga kini. Pada mula penglibatan, tempahan hanya tertumpu kepada jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat sahaja kerana pada masa itu kekurangan mesin jahit dan tiada promosi. Saya juga tidak berani untuk menerima tempahan jahitan dalam kuantiti yang banyak kerana khuatir tidak sempat disiapkan memandangkan kekurangan mesin jahit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan PI, pendapatan sekitar Rm 500 – Rm700 sebulan. Ini kerana saya hanya menerima tempahan tidak lebih 10 pasang baju sahaja memandangkan saya kekurangan mesin jahit. Saya hanya menggunakan mesin jahit lama emak. Tempahan juga kurang memuaskan kerana tidak mempromosikan khidmat jahitan yang saya jalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI, saya dapat banyak ilmu berkaitan cara mempromosikan produk yang saya usahakan melalui laman social seperti Facebook dan Instagram. Saya diajar cara mengendalikan Facebook dan Instagram dengan baik dan bagaimana menyusun ayat yang bagus untuk menarik minat pengguna laman sosial untuk menempah baju dengan saya dan kini saya juga telah menerima bantuan mesin jahit. Dengan itu bilangan pelanggan juga bertambah dan kini saya telah mengembangkan lagi perniagaan saya dengan membekalkan kuih-muih tradisional seperti kuih meneram, rempeyek dan kuih Loyang. Bukan itu sahaja, saya juga turut menjual kain pasang seperti songket Sarawak yang kini mendapat sambutan yang baik. Pendapatan saya kini telah meningkat kepada Rm 1000 – Rm 1500.

 

Hasil Jahitan