Nama

Aida Syarmila Binti Othman

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2019

Perniagaan

Mengusahakan Kedai Pakaian Milazuri

 

Latar belakang

Usahawan merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Mula niaga pada tahun 2015 Bermula daripada dropship hanya membeli dan menggunakan produk tersebut akhirnya menjadi agent. Selepas itu beliau hanya berniaga dengan memasuki pasar-pasar dan juga berniaga dari rumah. Melihat kepada keuntungan yang lebih baik beliau mencari kedai dan menyewa dan membuka kedainya sendiri. Niat Pn. Aida untuk berniaga adalah untuk membantu suami kerana pendapatan suami kurang dan anak-anak semakin membesar memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Antara produk yang dijual oleh usahawan ialah pakaian wanita, baju seluar tudung dan baju kanak-kanak. Selain itu terdapat juga produk kecantikan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM900 – RM1200 sahaja sebulan. Dan hanya menjual di pasar-pasar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri dan berniaga dengan membuat live. Beliau juga sudah mula mempromosikan produk jualan ke dalam group-group whats up. Sekarang pendapatn beliau sekitar RM 3000-4000 sebulan.

MILAZURI1 MILAZURI2

Nama

Siti Aishah Nadhirah Binti Mohamad Rosli

Umur

32 Tahun

Ahli Pi

2018

Perniagaan

Menjual Kek Marble Gebu Gebas

Latar belakang

Mula niaga pada tahun 2018 berpunca kerana minat berniaga dan ingin menambah pendapatan. Selain itu, Pn Aishah juga  berniaga kerana berminat dalam bidang membuat kek. Pn Aishah telah memasuki pelbagai kelas PJJ melalui atas talian. Selain dari kek marble gebu gebas yang memang menjadi sambutan, Pn Aishah juga ada membuat kek cheese, kek gula hangus kekbatik dan sebagainye.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM250 sahaja sebulan. Dan hanya menjual kepada kawan-kawan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga sudah mula mempromosikan produk jualan ke dalam group-group whats up. Sekarang pendapatan beliau sekitar RM 500- RM 800.

KEK MARBLE AISHAH 2KEK MARBLE AISHAH 3KEK MARBLE AISHAH 4

Nama

Zanatul Safinas Binti Zainal Abidin

Umur

27 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Menjual Kain Batik Raifili

 

Latar belakang

Mula bergiat aktif dalam bidang jahitan setelah tamat kursus jahitan di Giat Mara Cameron Highland pada Tahun 2015 sesi ke 2. Beliau masih giat aktif menjalankan perkhidmatan jahitan sehingga kini, disamping itu beliau kini mengembangkan perniagaan dengan menjual kain batik raifili.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan PI, pendapatan sekitar Rm 500 – Rm700 sebulan. Ini kerana saya hanya menerima tempahan tidak lebih 10 pasang baju sahaja memandangkan kekurangan mesin jahit. Saya hanya menggunakan mesin jahit lama emak. Tempahan juga kurang memuaskan kerana tidak mempromosikan khidmat jahitan yang saya jalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI, beliau dapat banyak ilmu berkaitan cara mempromosikan produk yang saya usahakan melalui laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara mengendalikan Facebook dan Instagram dengan baik dan bagaimana menyusun ayat yang bagus untuk menarik minat pengguna laman sosial untuk menempah baju dengan saya dan kini saya juga telah menerima bantuan mesin jahit. Kini, beliau mengambil inisiatif mengembangkan perniagaannya dengan menjual kain batik raifili. Beliau berpendapat dengan menjual kain batik raifili, dapat menarik lebih ramai pelanggan dimana membeli kain batik dan juga menjahitnya. Ini dapat memudahkan pelanggannya.

BATIKRAIFILI2

Nama

Amni Badrina Binti Rusidi

Umur

12 Tahun

Ahli Pi

2018

 

Latar belakang

Amni Badrina Binti Rusidi telah menjadi ahli Pusat Internet Komuniti Felda Tersang 1 sejak tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Amni menetap di Felda Sungai Koyan 2. Apabila berpindah ke rumah atuknya di Felda Tersang 1, Amni sering diajak kawan-kawan ke Pusat Internet Komuniti Felda Tersang 1. Bermula dengan ajakan kawan-kawan Amni berminat untuk mendaftar menjadi ahli dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas yang diadakan, Amni dilihat semakin mahir menggunakan computer, mencari maklumat di internet, melayari youtube dan lain-lain lagi .

AMNIBADRINA3 AMNIBADRINA4

Nama

Juliza Azmira Binti Baharuddin

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2019

Perniagaan

Menjual Rempah Perapan Ayam Goreng Mamak

Latar belakang

Usahawan merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Mula niaga pada tahun 2015 berpunca kerana minat berniaga dan ingin ada pendapatan sendiri. Selain itu, Pn Juliza  berniaga adalah untuk membantu suami dan juga membantu penduduk setempat mendapatkan rempah perapan yang sedap standing di kedai makan. Antara produk yang dijual oleh usahawan ialah serbuk rempah perapan ayam madu, serbuk perapan ayam goreng mamak dan serbuk cheese.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Dan hanya menjual kepada jiran-jiran sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga sudah mula mempromosikan produk jualan ke dalam group-group whats up. Sekarang pendapatn beliau sekitar RM 500- RM 1000.

Rempah perapan ayam goreng mamak 1