Nama

Norfahrin Arshad Bin Norhisham

Umur

12 Tahun

Ahli Pi

2016

 

Latar belakang

Norfahrin Arshad berumur 12 tahun. Adik Fahrin bersekolah di Sk LKTP Tersang 1 dalam Tahun 6. Penglibatan adik Fahrin dalam aktiviti di PI adalah amat baik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Fahrin telah menjadi ahli PI Felda Tersang 1 bermula Tahun 2016 lagi. Pada ketika itu adik Fahrin berumur 8 Tahun. Adik ini masih tidak tahu akan penggunaan komputer dan masih bermain-main sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada Tahun 2018, ketika berusia 10 Tahun, adik Fahrin sudah banyak diberi galakan untuk mengikuti kelas ICT khususnya oleh petugas. Semenjak dari itu, adik Fahrin dilihat cenderung dan suka mengikuti latihan dan kelas yang diadakan. Adik Fahrin semakin banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dapat dengan mengikuti kelas-kelas dianjurkan.

FAHRIN 1 FAHRIN 2

Nama

Mohamad Deniel Haikal Bin Abdullah

Umur

12 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Mohamad Deniel Haikal berumur 12 tahun. Adik Deniel merupakan seorang pengguna aktif Pusat Internet Felda Tersang 1. Deniel sering berkunjung ke PI untuk mencari maklumat berkaitan kerja rumah dan mengikuti kelas-kelas di Pi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Deniel telah menjadi ahli PI sejak tahun 2017 lagi. Pada masa itu Deniel hanya mengikuti rakan-rakannya menggunakan komputer dan internet. Deniel tiada kemahiran dan tidak pandai menggunakan komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Lama-kelamaan, selepas dipelawa untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan, Deniel semakin mahir menggunakan komputer dan penggunaan internet. Kini Deniel sudah mahir menari maklumat sendiri di internet dan mengikuti program yang dijalankan di PI.

DENIEL1  DENIEL2

Nama

Norasidah Binti Rahamad

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2019

Perniagaan

Menjual Produk Kecantikan Nurraysa

 

Latar belakang

Perniagaan dijalan secara online dan offline. Jika online pemasaran produk dijalankan secara iklan di Facebook, dashboard komuniti, instagram dan juga whatsup. Manakala jika secara offline beliau mengedarkan flyers-flyers jualan beliau disekitar penduduk setempat dan juga di kedai-kedai yang berhampiran.

Usahwan merupakan seorang graduan dari Institut Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) dalam jurusan teknologi maklumat.. Sebelum bergelar seorang usahawan beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Pn. Norasidah mula berniaga secara kecil kecilan pada awl tahun 2019 yang mana pada ketika itu beliau tidak dapat kerja diluar kerana mempunyai anak yang masih kecil dan sukar untuk ditinggalkan. Memandangkan ingin mengurangkan beban suami untuk menampung kos sara hidup yang tinggi, Pn. Norasidah memulakan perniagaan produk kecantikan. Antara produk yang dijual ialah  pencuci muka, bedak asas, lipstic, pemerah pipi, krim siang krim malam dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Jualan produk bulanan 20-40 unit

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negeri kerana beliau menggunakan medium FB sebagai tempat perniagaan. Beliau juga mempunyai agen di bawah beliau sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini RM1500-RM2000 sebulan dan jualan bulanan meningkat kepada 100-200 unit sebulan.

NORASIDAH1 NORASIDAH2

Nama

Nurul Saodah Binti Baharin

Umur

36 Tahun

Ahli Pi

2014

Perniagaan

Menjual Produk Kesihatan Wanita

 

Latar belakang

Usahawan merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Mula niaga pada tahun 2019 berpunca daripada hanya membeli dan menggunakan produk tersebut akhirnya menjadi agent. Niat Pn. Saodah untuk berniaga adalah untuk membantu suami dan juga membantu penduduk setempat mendapatkan produk kesihatan. Antara produk yang dijual oleh usahawan ialah The senna manja,jus pegaga,kapsul manjakani, kurma firdaus dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Dan hanya menjual kepada jiran-jiran sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga sudah mula mempromosikan produk jualan ke dalam group-group whats up. Sekarang pendapatan beliau sekitar RM 500- RM 1000

SAODAH1 SAODAH2 

Nama

Siti Haswida Binti Bebakar

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2019

Perniagaan

Perniagaan Online

 

Latar belakang

Usahawan yang menjalankan perniagaan online melalui platform facebook, dashboard, dan juga whatsup. Pelbagai produk yang dijual termasuklah tilam, bantal, kerusi, set bilik tidur, periuk dan sebagainya. Selain itu, beliau juaga membuat perniagaan secara bayaran ansuran kepada pelanggan kerana beliau tahu ramai yang ingin membeli tapi tidak mampu untuk membeli secara bayaran penuh.

Pn. Haswida mula berminat untuk berniaga pada tahun 2017, kerana beliau berasa kasihan kepada suami yang hanya bekerja seorang untuk menampung kos perbelanjaan harian meraka. Selain itu, hasil dari perniaga beliau mampu memberi kesenangan kepada keluarga kerana apa yang dihajati mampu dimiliki tanpa perlu meminta dengan suami. Beliau juga merupakan seorang lepasan diploma.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah membuat promosi di facebook, instagram, dashboard & whatsup group, perniagaan beliau semakin meningkat. Pelanggan juga bertambah dari pelbagai pelusuk negeri kerana meraka mempercayai kejujuran Pn.Haswida. pendapatan bersih bulanan beliau sekitar RM2000- RM5000 sebulan.

WIDA 1