Nama

Zarina Bt Ree

Umur

26 Tahun

Ahli Pi

2018

Perniagaan

Menjual Kek Batik & Produk Kecantikan

 

Latar belakang

Pn. Zarina berniaga adalah kerana minatnya dalam bidang masakan dan juga kecantikan. Dahulu beliau hanya menjadi dropship pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Sekarang beliau sudah mula membuat kek batik dan menjualnya dengan harga yang berpatutan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebelum terlibat dengan jualan online, hanya bergantung kepada pelanggan yang dikenali sahaja. Jumlah pendapatan juga kurang memberangsangkan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah mengenali internet dan mempromosikan perniagaan secara online, pelanggan semakin bertambah dan adakalanay menerima pelanggan sehingga ke Bandar Raub. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti  Kelas Ms Office, perbankan Online, laman social FB, banyak iimu berkaitan perniagaan atas talian dapat dipelajari. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 50% berbanding sebelum ini. Beliau juga mempromosikan kek batik dan produk kecantikann di My Shop Dashboard.  

KEK BATIK 1 prestigous1

Nama

Khairol Anuar Bn Mat Isa

Umur

35 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Pengusaha Cafe Khairina Maju

 

Latar belakang

 En. Khairol anuar bin mat isa atau lebih mesra dipanggil angah mempunyai sebuah kedai makan yang dikenali sebagai café khairina maju di felda tersang 1. Sebelum ini, beliau bersama isterinya membuka kedai jualan barangan terpakai yang juga berhadapn dengan café mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Memulakan perniagaan sekitar tahun 2016 di Felda Tersang 1, dan membuka sebuah kedai kecil untuk barangan terpakai beliau. Pada awal tahun 2017 beliau memulakan perniaga kedai makan café secara kecil-kecilan hanya dengan menghantar ke rumah-rumah sahaja.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkembangan perniagaan yang memberangsangkan membolehkan beliau mengambil pekerja dan boleh membuka sebuah café berdekatan dengan kedai barangan terpakai beliau. En. khairol sering ke Pusat Internet untuk mendapatkan nasihat berkaitan mempromosikan perniagaannya melalui medium online seperti FB, Whatsapp dan juga menggunakan kemudahan yang disediakan dipusat internet.

CAFEKHAIRINA1 CAFEKHAIRINA2  

Nama

Norizah Binti Rasidi

Umur

56 Tahun

Ahli Pi

2011

 

Latar belakang

Puan Norizah merupakan seorang ahli Pusat Internet Felda Tersang 1 bermula tahun 2011 sehingga kini. Puan Norizah sangat aktif bergerak mengikuti aktiviti yang dijalankan bersama Pusat Interent Felda Tersang 1 dan kumuniti setempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norizah merupakan seorang surrumah sepenuh masa. Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan penggerak KOSPEN Felda Tersang 1. Dahulunya beliau takut hendak membuat kerja-kerja KOSPEN yang menggunakan computer seperti menaip dan memasukkan maklumat KOSPEN.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mengikuti aktiviti di Pusat Internet tanpa jemu. Beliau semakin hari semakin mahir menggunakan komputer dan internet dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Felda Tersang 1. Kini beliau yakin untuk mengendalikan computer apabila disuruh atau membuat kerja.

Norizah1 1 Norizah1 2

Nama

Putri Nurul Ameera Binti Abdullah

Umur

11 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Putri nur ameera berumur 11 tahun dan bersekolah di  Sk LKTP Tersang 1. Putri telah menjadi ahli PI sejak tahun 2017 lagi pada ketika itu beliau berusia 9 tahun. Putri telah mengikuti ibunya ke PI dan apabila ibunya mengetahui terdapat kelas ICT percuma disediakan kepada ahli berdaftar, ibunya terus mendaftarkan Putri. Bermula daripada itu, Athirah sering mengunjungi PI dan mengikuti kelas ICT dan program lain.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Putri telah menjadi ahli PI sejak berumur 9 tahun. Beliau sering mengunjungi PI ditemani ibunya kerana pada ketika itu, beliau masih kecil. Beliau hanya mahu menonton youtube  pada ketika itu kerana masih belum pandai menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mengikuti aktiviti di Pusat Internet tanpa jemu. Beliau semakin hari semakin mahir menggunakan komputer dan internet dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Felda Tersang 1. Kini beliau yakin untuk mengendalikan komputer apabila disuruh atau membuat kerja.

PUTRI 1 PUTRI 2

Nama

Hayati Binti Shaharuddin

Umur

40 Tahun

Ahli Pi

2013

Perniagaan

Mengusahakan Kedai Jahitan

 

Latar belakang

Puan Hayati atau lebih mesra dipanggil Kak Yati mempunyai sebuah Butik Pengantin di Felda Tersang 1 dan juga di Felda Sungai Koyan. Disamping itu, beliau juga membuka tempat jahitan di butik pengantin miliknya untuk warga setempat membuat busana.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Memulakan perniagaan sekitar tahun 2000 di Felda Tersang 1, dan membuka sebuah kedai kecil untuk menempatkan peralatan Butik Andaman beliau. Mempunyai seorang pekerja yang banyak membantu urusan butik. Bermula dari situlah beliau membuka kedai jahitan untuk menjahit baju pengantin untuk butiknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkembangan perniagaan yang memberangsangkan membolehkan beliau mengambil pekerja lebih ramai serta membuka kedai jahitan bukan sahaja untuk menjahit baju pengantin malah baju orang awam turut boleh ditempah dikedainya. Kak Yati sering ke Pusat Internet untuk mendapatkan nasihat berkaitan mempromosikan perniagaannya melalui medium online seperti FB, Whatsapp dan sebagainya. 

 

 

k.yati kedai jahit 1 k.yati kedai jahit 2 k.yati kedai jahit 3