Nama

Raja Zainuriah binti Raja Mansor

Umur

36 Tahun

Ahli NADI

2011

Perniagaan

Pengusaha pakaian & sabun pencuci pakaian serta makanan dan minuman.

 

Latar belakang

 

Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor berumur 36 Tahun dan merupakan anak peneroka kepada Peneroka Felda Tersang 1. Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor merupakan Generasi ke-2 yang aktif di dalam kalangan masyarakat setempat. Bermula dengan minat dalam bidang Fesyen, Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor mula membuka kedai jualan pakaian di Kawasan Kedai Koperasi Felda Tersang 1. Kedai lebih dikenali sebagai Kedai The Triple A Kidswear dan mula beroperasi sejak tahun 2018 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan di NADI

 

Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor hanya menggunakan komputer dalam kerja seharian secara asas sahaja. Beliau diajar oleh ahli keluarga beliau bagaimana menggunakan ICT disebabkan Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor mahu mengembangkan perniagaan. Tempahan dibuka kepada rakan-rakan serta serta penduduk setempat sahaja. Pendapatan pada ketika itu anggaran RM300 – RM500.

.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan di NADI

Melalui usaha dan kerjasama dari NADI Felda Tersang 1, Pn Raja Zainuriah Binti Raja Mansor telah mempelajari penggunaan media sosial dalam mengembangkan perniagaan dan secara tidak langsung tempahan parang telah meningkat dan diperluaskan ke serata negeri.

 

Nama

Muhammad Addif Iskandar bin Mohd Azlan

Umur

14 Tahun

Ahli NADI

2023

   

 

LATAR BELAKANG

Muhammad Addif Iskandar adalah pelajar tingkatan 2 di SMK LKTP Tersang . Adik Addif sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di NADI.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Adik Addif telah menjadi ahli NADI Felda Tersang 1 bermula Tahun 2023 lagi. Pada ketika itu adik Addif berumur 12 Tahun. Adik ini mempunyai pengetahuan yang rendah mengenai ICT dan juga kemahiran lain. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Sejak berdaftar menjadi ahli, adik Addif sudah banyak diberi galakan untuk mengikuti kelas ICT  khususnya oleh petugas. Semenjak dari itu, adik Addif dilihat cenderung dan suka mengikuti latihan dan kelas yang diadakan. Adik Addif semakin banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan mengikuti kelas-kelas dianjurkan. Adik Addif juga dapat mengajar rakan-rakan lain dan mengajak rakan-rakan lain untuk menyertai kelas yang diadakan di NADI. 

 

Nama

Ahmad Sayf Eddin Bin Saharuddin

Umur

13 Tahun

Ahli PEDi

2019

   

LATAR BELAKANG

Ahmad Sayf Eddin berumur 13 tahun dan bersekolah tingkatan 1 di SMK LKTP Tersang . Adik Eddin sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijakan di PEDi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDI

Adik Eddin telah menjadi ahli PEDi Felda Tersang 1 bermula Tahun 2019 lagi. Pada ketika itu adik Eddin berumur 8 Tahun. Adik ini masih tidak tahu akan penggunaan komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDi

Sejak berdaftar menjadi ahli adik Eddin sudah banyak diberi galakan untuk mengikuti kelas ICT khususnya oleh petugas. Semenjak dari itu, adik Eddin dilihat cenderung dan suka mengikuti latihan dan kelas yang diadakan. Adik Eddin semakin banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dapat dengan mengikuti kelas-kelas dianjurkan

 

Nama

Nurul Amila binti Zakaria

Umur

26 Tahun

Ahli NADI

2010

   

 

LATAR BELAKANG

Nurul Amila merupakan belia dari Felda Tersang 1 yang kini bekerja sendiri . Nurul Amila telah menjadi ahli sejak 2010 lagi yang ketika itu berusia 12 tahun. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Sebelum menjadi ahli NADI, Nurul Amila merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 1. Nurul Amila sering ke NADI Felda Tersang 1 untuk melayari Internet kerana ketika itu kawasan ini masih tidak kesemua tempat mempunyai liputan Internet. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI

Sejak berdaftar menjadi ahli, Nurul Amila terlibat dengan pelbagai aktiviti semasa di bangku sekolah. Selepas beberapa tahun beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM dan juga ke Universiti. Banyak ilmu yang beliau perolehi semasa di NADI yang menjadikan beliau celik ICT untuk menyelesaikan tugasan semasa menyambung pelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Pendaftaran emel dan lain-lain,  Input yang beliau dapati juga dibawa hingga beliau bekerja sendiri sekarang. Beliau juga masih ke NADI untuk menyiapkan tugasan. 

 

 

Latar belakang

Nor Fisya Adreena Bt Hishamuddin telah menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tersang 1 sejak tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Fisya sering diajak kawan-kawan ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Tersang 1. Bermula dengan ajakan kawan-kawan Fisya berminat untuk mendaftar menjadi ahli dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang diadakan, Fisya dilihat semakin mahir menggunakan komputer, mencari maklumat di internet, melayari youtube dan lain-lain lagi .