Nama

Muhammad Razin Nurhan Bin Rizal

Umur

15 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Muhammad Razin Nurhan Bin Rizal berumur 15 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 3. Beliau akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun ini. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tahu menggunakan komputer tetapi tidak mahir untuk membuat kerja - kerja menggunakan Ms. office

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Disebabkan beliau berada di Tingkatan 3, banyak kerja kursus yang harus disiapkan. Beliau telah mengikuti kelas-kelas seperti Ms. Power point, Ms. Word, bagaimana mencari maklumat di Internet, edit gambar dan pelbagai lagi. Jesteru itu, beliau kini tiada masalah untuk menyiapkan tugasan kerja kursus kerana sudah mendapat ilmu sebelum ini.

razin 1 razin 3 razin 4

Kelas yang diikuti 

 

Nama

Nurul Maisarah Binti Rizal

Umur

11 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Nurul Maisarah merupakan seorang pelajar Tahun 5 di Sk Lktp Tersang 1. Beliau sering berkunjung ke Pi1m untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya. Beliau juga selalu mengikuti kelas yang diadakan oleh petugas PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Maisarah telah menjadi ahli sejak Tahun 2017 dan pada ketika itu beliau tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya meniru rakan-rakan yang lain dalam membuat kerja sekolah atau mencari maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI. Pelbagai aktiviti turut dijalankan dan diceburi oleh Nurul Maisarah. Lama-kelamaan beliau menjadi mahir dalam menggunakan komputer ataupun mencari maklumat di internet.

MAISARAH 1 MAISARAH 2

Latihan ICT

 

Nama

Ab Halim Bin Seman

Umur

63 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Perniagaan Kedai Runcit

 

Latar belakang

En. Halim menjalankan perniagaan kedai runcit hampir 36 tahun, iaitu sejak menjadi Peneroka di Felda Tersang 1, Raub, Pahang. Pelbagai jenis produk dibekalkan kepada penduduk terdiri daripada bahan keperluan asas dan seharian. Beliau juga menjual bahan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan dapat menambah jumlah pendapatan beliau. Pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM800 – RM1000 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini dengan kemajuan teknologi yang semakin maju urusan perniagaan beliau berjalan dengan semakin lanacar. Tambahan selepas mengenali PI dan berhubung, ilmu ICT beliau ditingkatkan melalui latihan keusahawanan. Beliau belajar menggunakan Ms Office dan Internet. Pendapatan beliau kini meningkat kepada RM3000- RM4000.


                   HJ HALIM 1   HJ HALIM 2           

                                                                 Latihan Keusahawanan

                   HJ HALIM 3    HJ HALIM 4 

                                                     HJ HALIM 5

                                                                      Produk Jualan

Nama

Norhasnaatulrina Binti Mohd Ramli

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Kedai Terpakai

 

Latar belakang

Pn. Norhasnaaturina berusia 31 tahun, telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata. Beliau menjalankan perniagaan barang terpakai bersama suaminya sepenuh masa bermula beberapa tahun dahulu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan barang terpakai beliau dimulakan apabila mula berpindah ke Felda Tersang 1. Beliau baru berjinak-jinak dalam perniagaan ini hanya ingin mencuba dengan modal yang amat minima dan tiada pengalaman dalam bidang perniagaan. Pendapatan beliau sekitar RM 500 - RM1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila mendaftarkan diri di Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau diperkenalkan dengan latihan-latihan keusahawanan dimana telah membuka mata untuk mengembangkan dan serius dalam bidang perniagaan. Beliau diajar cara pemasaran online, membuat kira-kira, dan pelbagai lagi untuk mengembangkan perniagaannya. Bermodalkan sedikit wang pada permulaan perniagaannya, kini beliau telah mengembangkan perniagaan nya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pendapatan beliau kini mencecah RM 3000 sebulan.

 

fb rina  

Laman Fb : Norhasnaatulrina Ayin Khairina

 

P61118-110350 IMG-20161218-WA0008 sofa 1

Barang yang dijual