Nama

Norbaizura Binti Sulaiman

Umur

33 Tahun

Ahli Pi

2017

Perniagaan

Menjual Pakaian Terpakai Bundle

 

Latar belakang

Pn. Norbaizura Sulaiman telah membuka sebuah kedai menjual pakaian terpakai, bagi kanan-kanak, golongan belia, dewasa mahupun warga emas. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2015, 3 tahun lalu dengan hanya menjual di rumah, kemudian bengkel kecil sebelah rumah sahaja. Kini berkat usahanya, pada 2017 beliau telah memiliki kedai beralamat No. 1 Kawasan Kedai Felda Tersang 1, iaitu di Tapak Pekan Sehari Felda Tersang 1.Raub, Pahanag. Antara Pakaian yang dijual adalah T-Shirt, Jeans, Seluar wanita dan lelaki, jogging pants, sweet pants, dankoleksi pakaian kanak-kanak. Harga jualan pakaian adalah antara RM1 sehingga RM40.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan perniagaan, beliau berniaga di rumah sahaja dengan modal permulaan yang sedikit dan menggunakan telefon bimbit sahaja. Pendapatan beliau pada ketika itu anggaran RM 1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah teknologi semakin berkembang, beliau mula mempromosi perniagaan secara online melalui media social Facebook & Whatsapp. Apabila diperkenalkan perkhidmatan di Pusat Internet, beliau turut menggunakan kemudahan yang disediakan, Beliau juga mengikuti kelas keusahawanan seperti kelas komputer dan internet. Kini beliau lebih yakin dan telah menyewa kedai yang luas dan selesa. Pendapatan juga meningkat dan pernah mencecah sehingga RM5000 sebulan.

1

Pakaian terpakai yang dijual

 

Nama

Nur Syafiqah Syahirah Binti Mohd Azraee

Umur

18 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Nur Syafiqah Syahirah adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, berumur 18 tahun. Setelah tamat peperiksaan beliau mengikuti Bengkel Asas Microsoft Office dan ICT di Pusat Internet 1Malaysia bagi memantapkan lagi kemahiran ICT beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer dan internet. Sebagai contoh semasa  membuat kerja kursus yang diberikan oleh pihak sekolah, banyak perkara yang berkaitan penggunaan Microsoft Office Word, internet, carian maklumat, dan lain-lain masih kurang difahami dan perlu diperbaiki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dianjurkan oleh staf P, beliau sudah berpengetahuan dan mahir dalam pelbagai perkara dimana tahu fungsi setiap peralatan komputer, tahu bagaimana menaip dan mengedit dokumen serta  mencetak hasil kerja beliau. Beliau juga sudah tahu bagaimana mengendalikan komputer,  mencari maklumat berkaitan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bantuan/pinjaman pelajaran dan kerja-kerja kosong di internet, mengisi borang secara online, serta banyak lagi.

P70810-115057-tile-tile P70811-121521-tile-tile

Latihan ICT

 

 

Nama

Mohamad Azli Bin Mohamad

Umur

31 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Menjual makanan & produk kecantikan online

 

Latar belakang

Encik Mohamad Azli telah membuka sebuah kedai untuk menjalankan perniagaan pembaharuan insurans dan roadtax kenderaan sejak Tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan perniagaan, beliau menyewa sebuah lot kecil di sebuah kedai untuk perniagaannya. Tiada pekerja dan hanya beliau seorang sahaja yang mengendalikan perniagaannya itu. Pendapatan beliau pada ketika itu anggaran Rm 1000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila diperkenalkan perkhidmatan kelas keusahawanan di Pusat Internet , beliau banyak mendapat ilmu berkaitan mengembangkan lagi perniagaannya melalui kelas seperti kelas keusahawana, ict, ms excel dan pelbagai lagi. Kini beliau lebih yakin dan telah menyewa kedai yang lebih besar dan selesa. Kini beliau telah mempunyai seorang pekerja yang mengendalikan perniagaannya. Pendapatannya bpernah mencecah sehingga Rm 5000 sebulan.

 

FENDYGLOBALVENTURE

Produk Jualan

Nama

Ezan Binti 

Umur

35 Tahun

Ahli Pi

2012

Perniagaan

Kak Jem Sambal (Pelbagai Jenis Sambal)

 

Latar belakang

Ezan samad adalah pengusaha sambal. Antara sambal yang dijual adalah Sambal Pahang, Sambal Bunga Kantan, Sambal Peria Garing dan Serunding Halia. Beliau juga menguruskan sebuah kedai makan.  Beliau memulakan perniagaan samabal sejak 3 tahun yang lalu bermula hanya dengan sambal Hitam/ Sambal Pahang. Kini beliau mempelbagaikan jenis sambalnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan medium online beliau hanya menjual kepada warga terdekat dan kawan-kawan sahaja. Hebahan kepada pembeli adalah kurang memberangsangkan. Pendapatan hasio jualan adalah kurang daripada RM1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau mempromosikan perniagaan secara online seperti di laman social Facebook,disokong dengan aplikasi WhatsApp, pelanggan daripada seluruh Malaysia dapat melihat produk beliau. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh PI, seperti bengkel Microsoft Office, perniagaan atas talian, dan perbankan online, beliau lebih berkeyakinan untuk meleuaskan empayar pernigaan. Beliau juga mempromosikan cicah rasa sambal belimbing hitam My Shop Dashboard.  Dengan perniagaan online, tempahan berlaku lebih pantas dan mudah. Ini meningkatkan hasil jualan dan pendapatan meningkat sebanyak 70%, anggaran pendapatan RM2500 sebulan.

produkezansamad

Produk Jualan

Nama

Muhammad Nur Iqmal Bin Abd Kadir

Umur

13 Tahun

Ahli Pi

2013

 

Latar belakang

Muhammad Nur Iqmal Bin Abd Kadir berumur 13 tahun, merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong, Raub.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Iqmal telah menjadi ahli PI sejak tahun 2013 dan berusia 9 tahun pada ketika itu. Pada awal nya beliau tiada asas menggunakan komputer malah tidak tahu untuk menggunakan internet sama sekali. Beliau sering berkunjung ke PI mengikuti rakan-rakannya yang lain dan hanya melihat rakan-rakannya bermain komputer dan mencari maklumat di internet.Kemudian beliau mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh staf PI yang sering kali diadakan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dianjurkan oleh staf PI, beliau sudah berpengetahuan dan mahir dalam pelbagai perkara dimana tahu fungsi setiap peralatan komputer, tahu bagaimana menaip dan mencetak. Beliau juga sudah tahu bagaimana mengendalikan komputer, membuat jadual, mencari maklumat di internet dan banyak lagi.

iqmal-tile1 iqmal-tile2 iqmal-tile3

Latihan ICT