Nama

Siti Nor Syazwani Binti Abu Hassan

Umur

25 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Katering & Kambing Golek

 

Latar belakang

Menjalankan perniagaan secara kecil – kecilan bersama suami pada Tahun 2016 dengan mengambil tempahan sekitar kawasan Felda Tersang bagi majlis kecil sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tempahan hanya tertumpu di kawasan terdekat disebabkan kekurangan kelengkapan dan pengangkutan pada ketika itu. Beliau hanya mampu menggajikan 2 orang pekerja sahaja disebabkan kekurangan modal dan kurang tempahan. Pendapatan bulanan beliau anggaran Rm500-Rm800.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada akhir tahun 2016, beliau telah mengikuti kelas-kelas keusahawanan khususnya di Pusat Internet. Beliau mula aktif dalam mempromosikan perniagaan di media sosial dan banyak mendapat tempahan. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dan anggaran Rm2000-Rm3000 sebulan. Beliau kini mempunyai team kambing golek seramai 6 orang pekerja jika terdapat tempahan yang banyak pada satu-satu masa.

SYAZWANI 1 SYAZWANI 2

Latihan Keusahawanan

SYAZWANI 3 SYAZWANI 4

Katering & Kambing golek

 

Nama

Nurul Afina Shakira Binti Mohamad

Umur

26 Tahun

Ahli Pi

2018

Perniagaan

Produk kecantikan & kesihatan

 

Latar belakang

Afina Shakira berumur 26 tahun dan menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan & kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Afina menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan & kesihatan bermula pada awal tahun 2017. Beliau menjadi agen bagi menjual produk-produk ini tertumpu kepada rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja. Tidak mempunyai modal yang banyak dan tiada pengetahuan berkaitan perniagaan menjadikan beliau kurang berkeyakinan untuk mengembangkan perniagaan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila mendaftarkan diri menjadi ahli Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau mengikuti   kelas keusahawanan, Kelas Ms. Office, asas penggunaan internet dan perbankan dalam talian. Sejurus itu, beliau berkeyakinan untuk menjual produk sendiri dan mengembangkan perniagaannya. Kini, beliau telah mampu membuka sebuah kedai sendiri dan mengembangkan perniagaannya dengan menjual pelbagai barang lain.

 

jamu harum malam jelly bag 26731655 1683053631758216 8585923954185997089 n

Produk jualan

 

Nama

Nurul Ashila Binti Ahmad

Umur

26 Tahun

Ahli Pi

2010

Perniagaan

Kedai Serbaneka RM2 dan Perniagaan Online

 

Latar belakang

Nurul Ashila memulakan perniagaan menjual pelbagai barang secara online di FB secara kecil-kecilan. Kemudian mendapat sokongan dan permintaan yang memuaskan, beliau mencari tapak kedai dan perniagaannya mula beroperasi di atas satu bangunan kedai. Diberi nama Kedai Serbaneka RM2 kerana barang di kedainya bermula dengan harga RM2 ke atas. Beliau juga disokong dan dibantu oleh abangnya dalam menjalankan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Ashila pada permulaannya banyak menjual produk dan barang-barang orang lain iaitu menjadi dropship. Kemudian apabila mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet, beliau mula terbuka hati dan minda untuk menjual produk sendiri disamping menjadi dropship. Beliau mula belajar membuat macaroni dan lasagna juga pelbagai kuih muih yang dijual sempena Hari Raya. Pendapatan ketika itu tidak banyak sekitar RM 300-RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan ilmu dan teknologi, beliau mempromosikan perniagaan secara online, melalui media social Facebook. Selepas melibatkan diri dengan program dan kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet , seperti  Kelas Ms Office, Ms Excel, dan lain-lain  ilmu berkaitan perniagaan atas talian. Dengan perniagaan online, promosi perniagaan lebih menggalakkan dan kini pendapatan beliau semakin meningkat RM500-RM1500.

ashila 1

Laman FB : Nurul Ashila

ashila 2 ashila 3 ashila 4

Produk yang dijual

Nama

Norsyafika Binti Roslee

Umur

11 Tahun

Ahli Pi

2017

 

Latar belakang

Norsyafika atau lebih mesra dipanggil Pikah, berumur 11 tahun dan merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 3. Merupakan anak yang ke 5 daripada 6 beradik dan sangat aktif orangnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula pada awal tahun 2017, Pikah telah mengunjungi Pusat Internet setelah diajak oleh rakan beberapa kali. Pikah telah menjadi ahli Pusat Internet Felda Tersang 1 pada bulan empat tahun 2017. Beliau sebelum ini, tidak pernah menggunakan komputer mahupun gajet lain, apabila beliau menjadi ahli Pusat Internet beliau banyak mengikuti kelas komputer, e-pembelajaran dan lain-lain.     

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas yang diikuti oleh Pikah, beliau kini semakin mahir dalam menggunakan komputer. Disebabkan pada tahun hadapan Pikah akan menduduki peperiksaan UPSR, beliau banyak mengikuti kelas pembelajaran seperti Bahasa melayu, matematik dan juga Bahasa inggeris. Didalam kelas, Pikah memberi perhatian penuh dan fokus terhadap apa yang dipelajari kerana beliau akan rugi jika main-main di dalam kelas katanya. Beliau kini pandai mencari maklumat di internet, tahu bagaimana hendak mencetak kerja-kerjanya, juga semakin pandai dalam pelajarannya. 

syafikah 1 syafikah 2 syafikah 3

Kelas yang diikuti

Nama

Nor Hafizah Binti Muahamad Hanipiah

Umur

29 Tahun

Ahli Pi

2016

Perniagaan

Sambal Hitam Pahang The Novelist Kitchen

 

Latar belakang 

Pn. Norhafizah berusia 29 tahun, telah berkahwin. Beliau menjalankan perniagaan menjual sambal hitam menerusi online sepenuh masa setelah berhenti kerja dan balik tinggal dikampung. Memulakan perniagaan sambal hitam secara suka-suka akhirnya menjadi salah satu punca pendapatan untuk menolong suaminya. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis novel.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM700 sahaja sebulan. Tempahan biasanya hanya penduduk setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Apabila mendaftarkan diri di Pusat Internet Felda Tersang 1, beliau diperkenalkan dengan latihan-latihan keusahawanan dimana telah membuka mata untuk mengembangkan dan serius dalam bidang perniagaan. Beliau diajar cara pemasaran online, membuat kira-kira, dan pelbagai lagi untuk mengembangkan perniagaannya. Pendapatan beliau mencecah ke RM1000-1500 Sebulan.

hafizah 1 hafizah 2

Laman Shopee & FB 

hafizah 3 hafizah 4 hafizah 5

Produk Sambal Hitam Pahang The Novelist Kitchen